BAB 12

Vampire Completed 35472

Nina Pov

Perkahwinan kami berdua seperti manusia biasa, bahagia seperti mereka cuma, mungkin suamiku seorang Vampire. Aku gembira disisinya dan begitu juga dia. Cuma, beberapa hari ni, aku terasa ada yang tidak kena dengan tubuh badanku. Ada yang berbeza sedikit. Cuma aku tidak tahu. Emosiku terkawal elok, cuma haidku, sudah lewat dari sepatutnya. Disebabkan aku berasa ingin tahu dan keadaanku makin teruk hari demi hari, aku ke klinik untuk mengesahkannya. Sewaktu pemeriksaan dijalankan, bahagian perutku terasa, pedih, sakit yang teramat. Buka itu saja aku rasa nak muntah dan sakit untuk bernafas. Doktor mengesahkan aku mengandung tiga minggu. Tiga minggu..?!! Daripada sebulan aku berkahwin, melayarri bahtera perkahwinan, aku dikurniakan anak. Sudahlah ni, anak Pontianak. Aku takut akan risikonya nanti.

Nina: Awak...saya ada berita untuk awak..
Kieran: Berita apa, sayang??

Kieran hanya memandangku dengan mata kuyunya. Otakku pula ligat membina ayat. Sebelum sempat aku membuka mulut, dia terlebih dahulu bertanya padaku.

Kieran: Awak mengandung?? Sudah berapa minggu, sayang??

Kenapalah aku sering lupa..? Dia tu Vampire boleh membaca fikiranku.

Kieran: Tahniah sayang..!

Katanya selepas otakku sekali lagi memberitahunya. Dia terus memelukku sebelum aku sempat berkata apa. Dia mencium pipiku seberapa banyak yang boleh.

Lima bulan kemudian
Keadaanku makin teruk, mukaku sering pucat dan kandunganku sering menendang perutku. Sakitnya teramat setiap kali tendangannya mengena rusukku. Mungkinkah kandunganku ini juga Pontianak..? Semestinyalah..! Bapanya juga seorang Pontianak, anaknya kenalah ikut dirinya..! Setiap hari, aku diberi minum darah supaya aku kekal baik dalam sesebuah tempoh. Keadaanku yang teruk telah membuatkan ahli keluargaku risau. Aku yang mempunyai sentuhan penyembuh pun tak dapat mengembalikan kesihatanku.

Sembilan bulan kemudian
Aku makin teruk, aku terasa seperti ditendang dengan teruk. Kandunganku sungguh agresif. Dia telah meretakkan tulang rusukku kini, ingin mencederakanku. Tiba-tiba, aku terasa pitam, kandunganku pula terasa berhenti menendang seketika, mataku gelap, dunia ini gelap gelita tanpa sedikit cahaya, kesakitan tadi sudah hilang. Yang aku sedar adalah, aku jatuh bersambut. Kemudiannya, tiada apa-apa lagi di dalam memoriku. Sedar-sedar saja, aku di atas katil disebuah klinik yang berada berdekatan pekan tempat tinggalku. Aku memandang Kieran yang sedang memangku seorang bayi, aku sudah melahirkannya. Itu anakku. Kieran meletakkan bayi tersebut di atas dadaku. Aku menyelak sedikit kain yang membalutinya yang melindung mukanya dan dia kelihatan serupa seperti Kieran, terutama sekali mata kehijauan bercampur kemerahan. Kieran menamakannya Damian. Seketika aku memandang Kieran yang mundar-mandir disisiku.

Nina: Kenapa sayang?

Kieran tidak menjawab. Tetapi, aku rasa seperti aku baru saja membaca fikirannya. Tetapi bagaimana??

Nina: Awak menjadikan saya Pontianak??

Kata aku agak berang. Kieran yang terkejut hanya mengangguk. Aku bersuara.

Nina: Tapi kenapa..?? Kenapa..?
Kieran: Awak hampir meninggalkan saya sayangku. Saya tak sanggup, saya tak sanggup sayang..
Nina: Sayangku...

Aku hanya mengucup lembut kepala anakku. Aku berasa terharu biarpun aku kini seorang Vampire.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience