BAB 13

Vampire Completed 35472

Nina Pov

Hari demi hari, Damian membesar dengan cepat. Biarpun umurnya baru seminggu, dia kelihatan seperti sudah sebulan. Cergas dan banyak bergerak dan kurang menangis. Sememangnya lain dari bayi biasa.

Setelah 5 tahun
Dia membesar menjadi seorang kanak-kanak yang ceria dan cepat tinggi.

Setelah 2 tahun
Usianya kini mencecah tujuh tahun. Dia kelihatan seperti seorang kanak-kanak berusia 9 tahun. Dia matang dan tinggi. Dia juga mula mempunyai gigi taring Pontianak.

Usianya kini sudah sepuluh tahun, dia juga makin mahir mengawal diri untuk makan dan dan minum darah. Dia juga mahir menhawsl kuasanya iaitu sentuhan penyembuh milikku serta membaca aura seperti. Gembira aku melihat dia dapat bergaul dengan kanak-kanak manusia tanpa perlu menakutkan mereka. Aku harap dia membesar dengan baik. Selamanya..

Bab Khas (Kieran Zarny)
Kieran Pov
Setelah sepuluh tahun hidup bersama, semalam, aku ditanya oleh Nina tentang bagaimana aku dijadikan Vampire. Dia berkata bahawa aku tidak mempunyai rupa Bonda atau Ayahandaku. Aku yang mendengar soalannya hanya tersenyum geli hati. Selepas soalannya tamat, Nina memamdangku dengan mata yang geram dan marah.

Nina: Saya tak main-mainlah..! Saya tanya sebab nak tahu..! Dah dekat berpuluh tahun kita berkenalan, soalan tulah yang paling saya nak tahu..!!

Katanya sambil berlalu pergi. Damian yang sedang tidur di dalam pangkuannya diangkat bersama. Aku yang sedang duduk menarik bajunya. Aku membuat muka dan dia tersenyum.

Kieran: Janganlah marah..sebenarnya, saya bukanlah seorang Pontianak semasa saya dilahirkan.
Nina: Bukan Vampire??
Kieran: Hmm..saya berkenalanan dengan Bonda dan Ayahanda sewaktu saya berusia 15 tahun. Waktu itu, ayah dan ibu saya dah meninggal kerana kemalangan..
Nina: I see..tapi macam mana awak masih boleh ingat??
Kieran: Saya minta Bonda mengingati saya setiap hari tentang mereka. Saya mengalami penyakit misteri yang tidak ada penawarnya. Sepatutnya tahun ni, saya berusia 357 tahun tetapi disebabkan saya diselamatkan sebelum saya mati ketika itu menjadi, Vampire. Itulah cerita saya..

Nina hanya mengangguk tanda faham. Aku hanya tersenyum melihat anggukan kecil, perlahan dan comel dimataku. Damian yang sedang tidur dipangkuannya dibawa masuk ku bilik. Kami berdua tidur dalam keadaan berpelukan sepanjang malam itu.

Bab Khas (Nina Qalis)
Nina Pov
Sambil aku menyuap makan Damian, suami tercintaku memaut pinggangku dan mengucup pipiku. Dia terus duduk di kerusi dan memandangku dengan seribu tanda tanya. Itu auranya. Fikirannya pula tidak menyatakan apa-apa.

Nina: Kenapa?
Kieran: Baru-baru ni awak ada tanya macam mana saya jadi Vampire, kan? Saya nak tanya balik, macam mana awak dapat kuasa awak? Bila awak dapatnya??

Rupanya. Sebab tu saja dia dipenuhi tanda tanya. Baiklah, lebih baik aku cerita saja.

Nina: Saya telah dianugerahi sejak berusia setahun. Sebenarnya saya memang punya sejak lahir. Keluarga saya, semuanya punya kuasa yang lebih kurang tetapi hanya saya punya sentuhan penyembuh. Semuanya mempunyai mata hitam yang tersangat hitam. Tidak akan nampak di mana anak matanya. Itulah cerita saya.
Kieran: Ohh...sekurangnya awak pun ada kelebihan yang baik dan bagus..

Kata Kieran sambil menggeletek Damian. Aku hanya ketawa melihat kerenah mereka. Kini, tamat sudah ceritaku bersama Kieran...

Sekian, terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience