BAB 1

Vampire Completed 35472

Nina Pov

Aku dan Miza sedang berborak sambil mengatur langkah ke kafeteria terdengar jeritan dan sorakan sayup-sayup dari luar kafe. Aku memandang Miza dan Miza meminta aku memandang luar tingkap, dan ya, sememangnya sorakan dan jeritan yang kedengaran itu milik gadis-gadis tidak matang untuk jejaka pujaan sekolah, Kieran Zarny. Kieran merupakan seorang jejaka yang bertubuh tegap, berbidang sasa, dan berkulit putih. Sememangnya Perfect Guy semua orang yang melihatnya untuk pertama kali. Sedang aku melewati tempat duduk berhampiran tangga untuk ke upstairs aku dapat rasakan suatu aura kuat dimana tidak tenang, tidak selesa dan rimas tetapi dalam masa yang sama, ingin sungguh berjumpa denganku. Kenapa pula Kieran Zarny, jejaka pujaan tu hendak bertemu aku?? Dari hujung anak mata, aku dapat melihat dia sedang memerhatikan gerak-geriku. Aku terus tanpa segan atau silu memandangnya dan dia terus melemparkan senyuman gembira bagi menunjukkan dia seronok aku memandangnya. Bukankah punya ramai gadis tidak matang disekelilingnya, mengapa aku jadi pilihan sedangkan aku tidak pernah berkenalan dengan dirinya secara formal pun. Miza yang turut melihat senyuman yang dilemparkan menyiku tanganku menggunakan sikunya yang tajam. Aku terus memandang geram ke arahnya.

Miza: Tak sangka ada orang yang sanggup memerhati kau yang tidak ada perasaan ni. Yang pasti, senyuman yang diberi cukupnya ikhlas. Tetapi, aku hairan, sedangnya ramai gadis disekelilingnya, mengapa kau jadi pilihan untuk dia melemparkan senyumannya? Jangan-jangan, kau ada rahsia dengan dia, ye??

Aku tidak menjawab soalan atau mengiakan kata-katanya. Aku juga hendak tahu perkara yang sama, tapi alangkah nanti aku dikerjakan, susah tu.

Dari tempat dudukku, aku dapat melihat dirinya sedang berborak sama rakannya sambil tersenyum geli hati. Tiba-tiba, cahaya matahari yang menembusi tingkap besar kafeteria tersebut menyentuh kulitnya yang putih atau lebih tepat pucat. Dengan segera, kulit bertindak balas dan mengeluarkan sinaran berkilau sehingga menyakitkan mata seseorang yang melihat dengan lama. Terusnya, dia bangun dan berjalan pergi dari situ biarpun rakannya terpekik-terlolong memanggil namanya.

Petang itu, aku terpaksa pulang sendiri kerana Miza perlu menjalani latihan bola jaring. Aku yang biasanya berdua mengkut jalan biasa iaitu lorong-lorang kecil dan gelap untuk pulang ke rumah. Ini merupakan short-cut untuk sampai ke rumah lebih cepat. Kalau tidak, aku perlu berjalan selama 75 minit sebelum tiba di rumah. Tibanya di salah satu lorong gelap tersebut, aku merasa suatu aura jahat mengikutku. Tak sepatutnya begitu, tetapi, aku yang boleh menghilangkan jejakku berbuat demikian. Biarpun sudah selamat dari bencana itu, aku cuba untuk berlari supaya cepat sampai ke rumah. Dalam larianku, aku sering kali memandang ke belakang dan akhirnya aku terlanggar seseorang dan terjatuh diatasnya. Bertubuh tegap, berbidang sasa, memang citarasaku. Tetapi dia juga seperti Kieran. Dengan segera, aku mengangkat muka dan terus memandang mukanya. Ya, itu dia, Kieran Zarny. Dialah yang menjadi tilam, untuk menyelamatkan aku dari tercedera tetapi dia pulak yang tercedera. Kami yang bertentangan untuk seberapa ketika mengalihkan pandang masing-masing. Aku segera meringankan tubuh dan bangun kerana dia mula mengaduh kesakitan kerana luka disikunya. Usai membersih bajuku, aku menghulur tangan dan dia menyambut lalu aku mebarik dia supaya dia dapat berdiri. Tingginya yang melepasiku membuatku mendongak sedikit ke atas untuk memandang matanya. Dia lalu, memusingkan tangannya untuk melihat kelukaan yang dialami. Dngan tidak semena-mena, aku menarik dan meletakkan telapak tangan kananku diatas luka tersebut. Dengan menutup mata, luka tersebut hilang kerana kuasa penyembuhku. Dia melihatku dengan mata yang sememangnya tidak terkejut sedikit pun tetapi terkesima kerana aku menyentuh tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience