BAB 6

Vampire Completed 35472

First POV (Nina)

Malam ni, dengan aku sudah sedia menghilangkan jejakku, aku akan mengikut Kieran pulang ke rumah dan akhirnya, aku akan bertemu dengan keluarganya yang tak pernah dia ingin untuk mengenalkan kepadaku. Aku semestinya takkan tertangkap dan aku juga kena menyiasat segalanya tentang keluarga Kieran. Bersiap sedialah cinta hatiku. Aku datang dan membongkarkan rahsiamu.

Second POV (Kieran)

Selepas menghantar Nina pulang ke rumahnya, aku terus bertukar menjadi kelawar pulang ke istana keluarga Zarny. Apa pulalah yang Bonda dan Ayahanda sudah lakukan demi aku..?? Sampaikan kekasihku ingin mencari jawapannya. Sebaik tiba dihadapan istana, aku disambut oleh pengawal istana yang juga Vampire yang digajikan untuk membunuh orang sesuka hati. Aku terus ke ruang keluarga yang sedia maklum besarnya sebuah rumah pangsa. Aku terus berjumpa dengan Bonda yang sedang mengelap mulutnya setelah usai makan. Aku terus membuka mulut.

Kieran: Salam sejahtera wahai Bondaku..!
Permaisuri: Kieran, anak Bonda..! Bila kamu balik anakanda?
Kieran: Anakanda baru tiba Bonda. Dimanakah Ayahanda?
Permaisuri: Tuanku Maharaja sedang beradu setelah usai bersantapan.
Kieran: Bonda, boleh anakanda bercerita?
Permaisuri: Tiada salahnya, anakanda.
Kieran: Bolehkah Bonda berhenti dari mencari mangsa? Dalam masa tujuh hari, sudah hampir 40 nyawa melayang. Bukankah sudah cukup buat Bonda dan Ayahanda bersantapan?
Permaisuri: Anakanda..!! Berani anakanda berkata demikian?? Derhakanya anakanda terhadap Bonda dan Ayahanda..!
Kieran: Bukan begitu wahai Bondaku..! Anakanda tidak bermaksud untuk menderhaka. Maafkan anakanda.
Permaisuri: Adakah kerana berkawan dengan anak manusia merubah anakanda?? Sehinggakan sanggup menderhaka??
Kieran: Tidak. Maafkan anakanda, Bondaku..! Benarkanlah anakanda mengundur diri. Anakanda meminta ampun.

Kataku sambil menjunjung tangan meminta ampun, aku terus berlalu meninggalkan Bonda yang sememangnya geram dengan persoalanku. Terusnya aku berjalan menuju ke bilik dan mengunci diri...

Third POV (Nina)
Apa benar segalanya tadi? Apa benar Kieran Zarny merupakan Vampire Prince dari keluarga Zarny yang dipulau selama beribu tahun tu..? Lebih baik aku menghilang sebelum dia merasai kehadiranku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience