BAB 4

Vampire Completed 35472

Nina Pov

Dua bulan sudah berlalu bermaksud tiga bulan kami menjalinkan cinta yang suci dan kukuh walaupun pelbagai rintangan kami terpaksa hadapi. Cuma, sekarang, aku merasakan ada sesuatu tengah berlaku pada bandar yang kecil dan 'population' nya yang banyak. Hari demi hari, terdapat kematian berlaku. Sudahlah mereka dijumpai dalam keadaan kebiruaan seperti kehilangan darah dengan banyak atau lebih tepat kekeringan darah di dalam badan.

Kieran: Kenapa ni? Awak selalu termenung. Ada apa-apa masalah yang ingin dikongsikan? Atau boleh dikongsikan?
Nina: Kenapa banyak sangat kematian berlaku? Terlalu banyak hingga dalam masa dua malam sudah 8 orang mati dalam keadaan kekeringan darah. Apa yang berlaku sebenarnya pada mereka? Mengapa mereka mati begitu?

Entah kenapa Kieran seperti tidak mahu mendengarnya. Dia melarikan pandangannya lebih jauh dari aku. Tersangat jauh hingga aku tak dapat mengejutkannya. Aku dapat rasakan sesuatu yang tak kena pada Kieran. Sering kali dia berbuat demikian setiap kali aku bercerita tentang kematian yang meningkat hari demi hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience