BAB 6

Romance Series 15386

"KENAPA kau tarik kaki dia, Mikaell? Kalau dia mati lemas macam mana?" Soal Darrien kasar pada Mikaell. Wajah putih bersih Adam yang terbaring itu ditatapnya sayu.

"Sorrylah! Aku saja je nak gurau! Tak sangka pulak dia lemas." Ujar Mikaell berwajah masam.

Qaed, Luke dan Dean hanya mampu mendiamkan diri saja. Otak mereka masih lagi cuba untuk berfungsi. Dua gunung nasi lemak.

Persoalan yang benar-benar jadi tanda tanya.

Adam. Dan menambahkan lagi persoalan dia dikepala otak mereka ialah, kenapa Seorang Tunku Darrien Noah amat merisaukan seorang Adam?

Mereka ada apa-apa ke? Gay?

"Bodohlah!" Tengkingan Darrien itu menarik perhatian mereka semula. Mikaell memeluk tubuh. Pelik benar dengan tindak-tanduk Darrien yang benar- benar memelikkan.

Risau pada Adam.

"Tak. Kenapa kau ni? Haa! Yang kau nak risaukan dia sangat kenapa! Luke lemas ituhari tak ada pun kau risau macam ni sekali! Dia lelakilah! Sama dengan kita, bro!" Soal Mikaell kembali. Tak tahan dengan makian sahabat baiknya yang seorang ini.

Darrien menggeleng laju kepalanya. "Tak! Kau tak faham! Baik... Baik kau diam!" Darrien terus mengusutkan rambutnya kembali.

Dia tak tahu apa dan mengapa dia rasa begini hanya untuk seorang Adam. Adakah dia benar-benar gay?

"Kau gay."

Darrien terus memandang ke arah Dean yang sedang tersenyum sinis pada dia. "Orang bodoh je sukakan sesama jantinalah, gila!"

Darrien memejam matanya seketika sebelum berdiri, sepasang kaki panjangnya laju ke arah Dean.

Darrien terus mengenggam kolar baju t-shirt Dean. Dean terdongak, senyuman sinis masih bermain ditepi bibirnya.

"Aku tak gay! Bodoh! Sial!" Darrien terus melempar tubuh Dean ke tanah. Wajah Dean ditatap tajam. "Kalau tak tahu apa-apa jangan buat-buat tahu… bodoh!" Maki Darrien.

"Betul tu." Qaed menyampuk. Dia hanya menggeleng saja dengan situasi tegang yang sedang berlaku.

Tak heranlah mengapa Darrien menyukai Adam. Kalau...

Dua gunung nasi lemak. Bertubuh kecil. Suara seperti budak perempuan. Jika difikir balik ada saja orang perempuan memakai pakai seperti lelaki.

***

AKU berdesis perlahan apabila terasa kepalaku berat seperti air bertakung saja. Namun, ada satu tangan sasa diatas perutku. Aku menoleh. Wajah Darrien menyentuh kornea mataku.

Dia masih lagi berlayar ke alam mimpi. Aku hanya tersenyum saja apabila teringat akan dia menyelamatkan aku tadi…

Kejap.

Sekarang pukul berapa? Aku cuba mencari jam. Sebelum terhenti ditangan sasa yang berada diatas perut aku ini. Baru pukul 7: 00 petang!

Ingat lama sangat tadi aku pengsan.

Aku terus bangkit dari baring. Tangan sasa itu aku letakkan ke tepi. Aku terus keluar dari khemah dan saat itu… mataku bertemu dengan pandangan tajam dari seorang…

Qaed.

"Jom. Ikut aku pergi tepi sungai tu… aku nak cakap sesuatu." Qaed memasukkan tangannya ke dalam poket seluar lalu melangkah membelakangiku.

Aku tanpa soalan hanya mengikuti saja. Aura garangnya membuatkan aku hanya mampu membisu.

Bunyi azan dari luar hutan membuatkan aku hanya tersenyum kecil, lega sedikit hati. Tenang sikit jiwa.

Walaupun kepalaku sangat berat aku tetap gagahkan langkahku untuk mengikuti lelaki itu.

Sampai ditepi sungai, dia terus mengambil tempat duduk diatas batu yang agak tinggi berbanding batu yang lain. Aku pun mengambil tempat disebelah dia.

"Kau perempuan kan?"

Sapp!

Mataku membulat terkejut. Macam mana dia tahu?

"Hrmm… aku tahu sebab tadi masa kau pengsan aku nampak… tu…" Qaed memuncungkan bibirnya ke arah dadaku. Aku memandang dia pelik. Nampak sangat ke tadi?

"Alah! Memang nak kena sebut jugak ke, dua gunung tulah!" Sambung Qaed lalu menggaru belakang kepalanya. Kekok.

Aku terus berdiri lalu memeluk dadaku sendiri. "Argh! Macam mana kau tahu!" Soalku kasar.

"Kan aku cakap tadi! Tadilah masa kau pengsan!"

Aku mahu menangis. "Bagitahu jelah. Aku dah tahu dan aku takkan marah. Aku ni walaupun tegang aje muka pastu ada aura garunk sikit kan, tapi takdelah nak marah orang tanpa sebab…"

Aku hanya mendiamkan diri saja. Tidak mampu untuk berbicara lagi.

Lama. Jeda. Hanya bunyi air terjun dan angin memainkan peranan seperti cuba untuk mengurankan ke kekokkan yang mulai terasa ini.

"Ya,… aku perempuan tapi... Aku ada sebab dan musababnya yang aku sendiri tak tahu macam mana nak terangkan. Susah." Akhirnya aku membebaskan juga perkataan yang terkurung dalam jiwa.

"Nama sebenar kau?" Soal Qaed seperti memikirkan sesuatu.

"Putri Aqirah Saida, tapi tolonglah jangan bagitahu kawan-kawan kau yang lain! Tolonglah! Aku… aku terpaksa!" pohonku bersama air mata yang sudah mula mengalir. Aku tak mahu pulang semula ke rumah itu.

Aku tak mahu dan aku tak nak.

"Ok,aku tak bagitahu sesiapa… cuma, aku nak tahu apa masalah kau jadi macam ni?" Soal dia lagi. Tatapan tajam diberikan kepadaku.

Aku tersenyum kecil lalu kembali duduk disebelahnya.

"Macam ni…"

Dan aku ceritakan pada Qaed dari A hingga Z.

esk saya updated his desire. maaf lama tak ngeupdate citer tu

Share this novel

Entah Lah
2021-06-03 11:54:08 

Sikitnya update, citer ni dahla Best aduhai


NovelPlus Premium

The best ads free experience