BAB 2

Romance Series 15386

AKU memandang lelaki dihadapan aku ini tidak percaya bahawa dia betul-betul tekad untuk melihat kawasan bawah aku! Taguna!

Darrien masih merenung aku bersama satu pandangan gelap yang tajam dan sinis. "Kenapa kau tak mahu tunjuk? Tadi kau kata nak tunjuk dekat aku sorang, dan sekarang tinggal kita berdua dalam khemah ini tapi kau tak bukak dan tunjuk," ujar Darrien bersama gaya headrestnya di atas selimut tebal tadi memandang aku yang sedang melutut di hadapan dia.

"Erk… perlu ke? Takkan nak tunjuk, malulah…" bicaraku secara berbisik-bisik. Dari dalam aku nampak kepala-kepala nakal lelaki tadi sedang memasang telinga dari luar khemah.

Darrien mengangkat keningnya sebelah sebelum tepi bibirnya menyenget antara nampak atau tak nampak.

"Kenapa? Aku nak pastikan aje kau ni lelaki… perempuan tak boleh datang dekat sini, bahaya." ayat terakhirnya itu membuatkan jantungku berdetak hebat. Suaranya amat menyeramkan aku. "Ke kau ni gay? Nampak muka aku yang handsome ni, kau dah erm…erm…?"

Soalan kandungan dewasa dia ini membuatkan telinga aku memerah geram, bersama wajahku yang merah gaya sambal ini!

"Ish! Kalau aku gay pun, baik aku gay dengan orang lain! Tak nak aku dengan kau!" marahku sambil mengenggam tepi bajuku erat. Tak, baju dia. Baju besar Darrien.

Ya, sebab baju aku tadi basah akibat mereka mengajak aku mandi sungai. Nasib diorang tak nampak!

"Ada aku cakap aku nak gay dengan kau?"

Tch! Sakit! Sakit hatiku! Sentap tahap bangunan KLCC!

"Aku nak kau bukak! Bukak jelah!" tengking Darrien lalu menarik tangan aku apabila dia terus bangun dari baring dan laju tangannya menangkap aku. Aku terkedu.

Ya Tuhan! Apa ni!

"Ok-ok! Tapi jangan tengok bawah! Rasa yang atas je!" demi tak mahu dia mencabul aku bahagian bawah aku, aku menarik tangan dia untuk menyentuh bahagian atas aku.

Darrien menunggu saja bila tangannya mahu sampai ke arah dadaku. Apabila sudah tangannya sudah sampai didada aku…

wajahku sudah mula memerah cuba menahan malu tetapi…

Darrien sentuh sekejap saja sebelum menarik kembali tangan sasanya dari menyentuh dada ku. Antara sentuh dan tak sentuh saja, aku tak rasa kerana sibuk memikirkan malu tadi.

"Ye, aku percaya kau lelaki. Dahlah, aku nak keluar dulu." Darrien terus keluar dari khemah dia ni meninggalkan keseorangan bersama baju kemeja besarnya yang tersarung pada tubuhku ini.

Nasih besar. Bahagian lengannya juga melepasi tangan kecil aku. Patutlah diorang tak percaya aku ni lelaki. Badan aku betul-betul macam perempuan. Boleh tahan aku ni…

****

"MALAM ni aku nak tidur dengan Adam. Aku nak tidur dengan budak baru tau! Kau Luke tidur dgn Qaed eah?" Mikael terus memuncung ke arah Qaed. Qaed menjulingkan matanya ke atas.

Bahu aku Mikaell peluk dari tepi. Ya, sejujurnya aku benar-benar pendek. Kalau sekarang aku duduk disebelah Mikael tinggi aku hanya paras dadanya saja. Hrm…

"Aku on je, lagipun lama tak tidur dengan Qaed…" Luke terus mencapai lengan sasa Qaed lalu membuat muka miang. Qaed tersenyum kecil lalu tangan sasanya bergerak ke arah belakang tubuh Luke sebelum…

Buk!

Terlentik tubuh sasa Luke akibat punggungnya ditepuk kuat oleh Qaed. Aku ketawa kecil. Seram jugak tengoknya. Luke terus mengosok punggungnya pantas.

"Sakitlah!"

"Kau tu! Muka mintak kena rogol! Rogol kang!" Dean yang sedang duduk di 'pintu' khemahnya itu ketawa sinis di akhir ayat. "Padan muka!"

Luke terus membuat muka menyampah!

Tanpa sedar, akibat mendengar perbualan mereka yang berkandungan dewasa itu mukaku tanpa sedar memerah. Ya Tuhan, makin lama makin aku risau ni… tambahan pula apabila setiap kali berbual pasti Mikaell memegang bahuku kuat lalu dirapatkan pada tubuhnya.

"Aku rasa baik, Adam tidur dengan aku. Aku banyak lagi nak soal dia,"

Suara itu… suara yang aku harap aku tak mahu dengar lagi buat masa ni tetapi aku terpaksa mendengarnya.

"Aik! Alaa, esok jelah! Harini aku nak tidur dengan Adam!" Mikaell menghentak kakinya sambil merenung Darrien tajam.

Haa… sudah! Jangan gaduh sebab aku!

Darrien tarik senyuman sinis.

"Aku ketua. Suka hati akulah!"

Tanpa sempat aku mahu memegang erat tangan Mikaell,Darrien pantas menarik tanganku laju lalu bawa masuk ke khemah tadi. Tubuh kecilku yang sedari tadi masih tersarung baju kemejanya dilempar ke arah totor yang sudah dibentang.

"Tidur." arah Darrien sambil mengambil tempat disebelah aku yang masih duduk ini. Perlahan-lahan aku rebahkan tubuhku disebelah dia. Namun, aku membelakangi Darrien. Malu, takut.

First time aku tidur dengan lelaki, kalau dulu masa kecil-kecil pun aku takpernah tidur dengan bapaku apatah lagi lelaki lain. Amat mendebarkan.

Tambahan pula, aku sedang berpura-pura jadi lelaki ini. Aku tak mahu duduk di kampung ini. Kampung yang benar-benar buat nafasku tidak cukup.

Ayah, Anisa, Ibu. Mereka tidak pernah sayangkan aku. Tanpa sedar air mataku jatuh mengalir membasahi pipi ku. Kenapa mereka benci kan aku? Apa salahku? Adakah kerana aku ini tidak secantik Anisa?

"Kenapa kau tidur belakangkan aku? Kau toleh aku sekarang… aku tak suka..."

Air mata yang mengalir aku terus lap kasar lalu aku baring secara terlentang. Nasib khemah kami ini gelap. Tidaklah nampak sangat aku menangis.

"Sorry…"

"Hrm…"

"Kau nangis. Kenapa?" aku memejam erat mataku, bersama bibir bawah aku gigit perlahan. Macam mana dia tahu?

"Erk… mana ada! Biasalah, mata aku memang berair kalau tempat baru macam ni…" ujarku. Cuba mencari alasan yang muhasabah untuk dikemukakan. Harap saja dia mempercayainya.

"Tipu. Kau asyik menipu aje kan?"

Mendengarkan bicaranya itu makin kuat bibir bawah sendiri aku gigit, terasa darah mula keluar dari bibirku. Dia tahu ke aku tipu dia pasal jantina aku?

"Baik kau luah pada aku. Apa guna kawan tapi tak mahu berkongsi…"

Tanpa bicara, aku terus memeluk tubuhnya erat. Darrien seperti terkejut tetapi tidak menolak malah terus mengusap rambut pendekku.

"Mak… bapak, aku tak suka aku… itu yang aku lari tapi tak sangka pulak jumpa kem korang." luahku bersama esak tangis yang menghiasi khemah ini.

"Dari dulu aku dilayan bagai anak pungut… tak adil. Aku sentiasa diketepikan. Aku tak tahu kenapa mak bapak aku bencikan aku dan lebihkan kakak aku…" Darrien tidak menyampuk hanya mendengar sambil tangannya sentiasa dikepalaku sebelum menyampuk.

"Kau sama macam aku… kita dua sama."

"Cerita?" soalku. Mahu juga mendengar kisahnya.

Terasa pelukkannya pada pinggang aku semakin erat, tubuhku ditarik dekat dengannya sebelum kami berdua bertatapan berdua. "Esok aku cerita… aku ngantuk nak tidur."

Darrien terus menarik aku seperti menyuruh aku memasuki setiap inci tubuhnya. "Kau gay ke?" soalku tiba-tiba.

Darrien memejam mata sambil tersenyum. "Kalau gay dengan kau apa salahnya. Boleh tahan jugak kau ni."

Cis! Aku cuba untuk menjauhi dari dia namun tidak dapat melainkan pinggang aku dan seluruh tubuh kecilku makin kuat dipeluk. Seperti tidak mahu melepaskan aku.

baca? hshshhs

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience