BIBIRKU hanya menguntum senyuman jahat saja tatkala wajah kakak tiriku yang sedang mencapai air kotak susu yang ada di dalam peti ais bersama senyuman ceria.
Dan senyuman aku bertambah jahat apabila dia sudah menghirup minuman itu sebelum wajahnya bertukar merah dan berkerut seperti menahan sesuatu. "Masin!"
Jeritan kuatnya itu memanggil semua ahli yang duduk di rumah ini melangkah laju ke arahnya. Senyunman aku masih sama. Jahat.
"Anisa! Kenapa ni?" soal Ayah bersama wajah cemas. Ibu pula sudah sibuk mengambil air jarang untuk diberikan pada Anisa.
Anisa tidak mampu menjawab lagi. Mungkin terlalu masin. Yelah, nak dekat sekilo juga garam aku letak didalam air kotak itu. Tulah, Ayah tak mahu belikan aku sama rata dengan dia. Anisa dapat air kotak besar, aku? Aku tak dapat!
"Nah, minum cepat!" arah Ibu sambil menghulurkan Anisa secawan air jarang.
Anisa terus meneguknya rakus seperti tidak cukup oksigen. Amboi! Bila dia menjerit, semua orang pergi tapi bila aku? Sorang pun tak datang mahupun kisah!
"Tadi, tadi--- air tu rasa masin sangat!" beritahu Anisa berselang-seli dengan minum air.
"Hah!" Ayah terus memandang ke arah robok kayu kecil yang berada ditepi dapur lalu dia terus mencapai bekas yang aku ambil tadi untuk mengambil garam.
Aku terkedu. Mesti ayah akan marah aku kalau kantoi! Wajah Ibu juga memerah mungkin menahan amarah. Pada aku…
"Aqirah!!!" jeritan ayah itu membuatkan lutut aku longgar. Bekas tadi dengan kasar dia meletakkan diatas robok kayu kecil itu kembali.
Aku mengigit bibir bawahku menahan tangis. Hati aku menyuruh aku mendekati ayah namun kaki aku…
Kaki aku membawa aku pergi, keluar dari rumah banglo ini. Mungkin ayah dan ibu ternampak kelibat aku terus menjerit nama aku. Jelas kedengaran tapak kaki ayah mengejar aku dari belakang tapi sayang… langkah aku lebih laju dan sudah jauh daripada dia.
Aku terus berlari tanpa menoleh ke arah belakang. Air mata yang jatuh juga aku biarkan. Aku juga punya perasaan. Mengapa aku perlu dilayan sebegini rupa?
Sampai di satu tempat aku terus masuk dan menyorok dikawasan itu. Ayah mungkin sudah berhenti dari mengejar aku. Tanpa sedar aku sudah berada di satu pondok yang agak menyeramkan. Tapi, aku… Putri Aqirah Saida lah! Semua benda aku nak tahu!
Perlahan-lahan kaki aku melangkah keluar dari pondok sebelum mata aku membulat terkejut. Banyaknya khemah! Semua berwarna hitam! Banyak betul khemah!
"Uish! Kat mana ni? Banyaknya…" bisikku perlahan bersama langkahku yang terlalu perlahan. Satu persatu khemah aku buka zipnya lalu menjenguk kepala ke dalam mahu melihat isi didalamnya.
Banyak beg-beg yang berwarna hitam didalam ini. Dan kakiku terhenti dihadapan satu khemah yang agak lain dari yang lain.
Maksud aku, warna biru. Warna kegemaran aku! Ia terlalu menarik perhatian aku. Aku terus masuk ke dalam tanpa berfikir panjang, saat kepalaku dijengukkan ke dalam. Bau-buan yang agak menyamankan menyentuh hidungku.
Wanginya lain macam! Khemah lain, wangi juga… cuma berbeza dengan baun ini. Aku terus masuk ke dalam. Selipar juga aku bawa masuk. Akibat didalam khemah aku tak boleh berdiri jadi aku hanya menyeret-nyeret saja.
Banyak barangan yang ada didalam ini. Termasuklah totor berwarna hitam yang agak tebal! Baru aku mencapainya terdengar gelak tawa suara garau dari arah luar khemah, aku terkedu. Tanpa berfikir panjang aku mencapai selimut tebal yang dilipat kemas lalu berlari ke arah penjuru khemah untuk bersembunyi!
Mana tahu itu raksasa!
Rambut aku yang pendek gaya lelaki ini menyenangkan aku untuk bersembunyi. Kalau tidak, susahlah mahu tarik-tarik rambut panjang!
"Aku dengar ada rumah banglo dihujung kampung sana… nama tuan rumah tu… Imran."
Aku terkedu. Itu nama bapaku! Tak! Bapa Anisa!
"Esok jelah kita pergi, harini aku penat. Aku nak tidur." jawab lagi seorang bersama suara yang agak dingin. Aku memejam erat mata disebalik selimut tebal ini apabila zip khemah yang ada aku didalamnya ini seperti dibuka.
"Eah! Sejak bila aku tak lipat selimut ni!"
Suara garau itu membuatkan jantungku bagai mahu jatuh ke tanah. Terasa nafasnya semakin mendekati tempat dimana aku berada ini… terasa selimut pula ditarik sebelum…
mata kami bertemu dan dia…
…menjerit seperti nak gila!
"Argh!!!! Toyol!!!!"
Aku terkedu. Toyol? Apa! Dia panggil aku toyol!
Lelaki yang bermata hijau lumut itu terus bangkit dan terkebelakang lalu terkeluar dari khemah bersama nafas semput.
Suara orang lain juga kedengaran di luar.
"Darrien! Kenapa ni?"
"Noah! Kau ok tak?"
"Ada… ada toyol!"
Jeritnya diluar. Lagi sekali, tanpa berfikir panjang aku terus keluar dari khemah dan… suasana yang bising tadi bertukar senyap…
sebelum…
"Toyol!!!!"
Lebih kurang ada lima orang termasuk lelaki tadi. Aku memandang sambil mengeluh perlahan. Jeritan bagai kena histeria itu makin kuat.
Ingat perempuan aje yang boleh kena lelaki pun kena juga!
"Hoiii!" tengkingan aku itu membuatkan semua terdiam. "Aku manusia! Bukan toyol!"
***
BAGAIkan aku ini perompak saja apabila empat pasang mata memandang aku tajam. Satu pasang mata lagi hanya berkerut kening memandang aku.
"Kau lelaki ke perempuan ?" soalan itu membuatkan aku terdiam. Aku nak cakap apa ni? Semua lelaki. Takkan aku nak cakap aku perempuan? Kang tak pasal-pasal.
"Aku lelaki lah! Nama aku…"
Aku terdiam seketika untuk memikirkan nama lelaki. "Haa, Adam! Nama aku Adam!" sambungku sambil membuat muka bangga.
Kesemua mereka memandang aku dari atas ke bawah sebelum tertawa kecil. "Laaaa, lelaki! Ingat perempuan! Badan kecil macam ni! Meh, aku nak pastikan kau lelaki ke perempuan…"ujar seorang lelaki itu seperti membuat tangan memegang dua biji kelapa.
Mataku membulat sebelum aku menamparnya ke sisi. Wajah kacak lelaki itu terteleng ke kanan.
"Tak perlu check. Aku lelaki tulen. Dan tak gay…"ujarku lalu memandang lelaki miang itu tajam.
Dia memegang pipinya sambil menunjuk jari tengah ke arah aku. Aku hanya menjelirkan lidah saja.
"Ok, Adam. Nama aku, Luke…" ujar seorang lelaki yang berambut agak panjang hingga paras bahu itu, matanya berwarna coklat perang.
"Aku, Qaed." dingin. Suara lelaki yang agak sinis saja memandang aku. Warna anak matanya berwarna hazel cair.
"Saya, Mikael." lelaki itu pula tersenyum saja melihat aku. Wajahnya agak comel. Kalau aku perempuan dah lama aku kahwin dengan dia. Erm.. tibet! Memang perempuan pun!
"Hoi! Perkenalah kan diri kau kat dia!"panggil Mikael pada kawanya yang kena pelempang dengan aku tadi.
Dia menjeling aku sebelum menjawab. "Dean." jawabnya sambil menjeling aku. Aku hanya mengangguk sebelum pandangan aku terhenti pada lelaki tadi…
"Tu? Siapa?"
"Ouh. Tunku Darrien Noah."
Mataku membulat! Wah! Tunku!
"Aku rasa kau perempuanlah…"
Mata seorang Tunku Darrien Noah agak menyeramkan berbanding yang lain termasuklah yang menjeling aku tadi. Aku ketawa terbahak-bahak gaya lelaki.
"Aku lelakilah!"
"Nak tengok bawah tu dulu. Baru aku percaya."
What the heck!
Erk! Apa aku nak buat ni!
Share this novel
bila blh baca ni