"SEBENARNYA, apa function korang duduk dalam hutan ni?" Soalku pada Mikaell yang sedang menghidupkan api menggunakan lighter miliknya.
Mikaell memandang aku setelah api sudah hidup. "Function kitaorang duduk dalam hutan ini adalah kerana… kami nak bercutilah." Jawab dia sambil menjeling aku.
Aku mengangguk kecil.
"Kenapa tak nak bercuti kat pantai ke luar negara ke? Kenapa dalam hutan?"soalku bersama wajah polos. Mikaell mengaru kepalanya.
"Apa kau fikir bercuti ni kat tempat-tempat terbuka aje ke? Mahal? Pantai? Fuh, bosan mat… kau tahu, kami semua ni kalau boleh setiap bulan bercuti ke sana. So, kami buat keputusan nak percutian kali ni lain dari yang lain sikit," Terang Mikaell secara terperinci.
Aku mengangguk faham.
"Lagipun kalau kitaorang bercuti kat tempat terbuka tu banyak awek cantik. Perh! Belakang diorang buat aku terliurlah! Otak boleh kotor kat luar sana, baik dalam hutan ni. Otak suci sikit!" Sambungan pembicaraanya ini membuatkan aku terus berdiri. Tak mahu dengar. Malu!
"Dahlah! Aku nak pergi jalan-jalan jap. Bye!" Pamitku lalu menjauhi dia. Mikaell ni bukan kaleng-kaleng kepala otaknya.
Aku terus mencari orang seterusnya untuk dibawa berbual. Qaed? Dia sedang membaca sesuatu di sehelai kertas bersama wajah seriusnya.
Lagipun dia sentiasa dingin dengan aku.
Aku terus melangkah mencari yang lain sebelum telinga aku seperti terdengar sesuatu disebalik semak-semak samun.
Perlahan-lahan kaki aku melangkah ke arah semak itu, mataku membulat apabila melihat ada satu binatang yang sedang makan sesuatu.
"Arghhhhhh! Monyet!!!" Jeritku sambil melingas-lingas geli lalu melompat menjauhi monyet itu sedikit. Monyet itu juga menjauhkan diri dia dari aku. Mungkin terkejut mendengar aku menjerit bagai nak gila kut.
"Eahh! Kenapa ni?" Suara cemas Mikaell dari arah belakang membuatkan aku terus berlari ke arahnya.
"Ada monyet!" Beritahuku sambil mendongak memandang dia yang lebih tinggi berbanding aku.
Mikaell terus mengeluh perlahan lalu tangannya naik mencubit telinga aku.
"Arghh! Sakitlah anak orang utan!" Marahku sambil memegang telingaku yang perit dan berkemungkinan merah ini. Kurang asam!
Aku menjeling Mikaell tajam.
"Gila!" Sempat aku menepuk bontotnya apabila dia hanya berjalan ke arah monyet tadi berada meninggalkan aku.
Mikaell memandang aku tajam lalu menjeling aku kasar.
Aku terus berlari masuk ke dalam khemah yang semalam aku tidur bersama Darrien. Dan aku lupa, bahawa sedari tadi aku tidak nampak batang hidung dia, Dean dan Luke.
Hesh! Aku boleh ke ikut dorang ni? Aku ni dahlah bongok! Bukan tahu pun kemana diorang nak pergi! Aduhai! Geram betullah!
"Haaa! Buat apa tu?" Suara garau yang amat aku kenali kedengaran dari arah belakang itu membuatkan aku hanya mendengus kasar. Mikaell lah! Siapa lagi?
"Apa kau nak? Semak je!" Bentakku geram mengigit bibir bawahku sendiri.
Terasa Mikaell yang tadi berada diluar khemah perlahan-lahan masuk ke dalam khemah. Berada dibelakang aku. Aku hanya mendiamkan diri saja.
Merajuk.
"Merajuk ke?" Soal Mikaell seraya tangannya naik menyentuh bahuku. Aku mendengus kasar.
"Diamlah! Aku nak tidur!" Tubuhku terus aku rebahkan membelakangi dia.
Sekali lagi, terasa dia juga merebahkan tubuhnya dibelakang aku. "Alaa… kau ni, tak gentle lah! Kau kan jantan, janganlah merajuk macam perempuan! Gedik tau tak?"
Mataku terus membulat! Lupa bahawa aku sedang menjadi lelaki! Oh may god!
Aku terus menoleh ke arah dia bersama wajah dibuat-buat ceria. Dia seperti terkejut, aku terus mencubit-cubit pipinya.
"Aku gentle ok? Ala, saja je tengok kau pujuk aku ke tak. Kah kah kah!" Bicaraku sambil mencubit-cubit pipinya lagi. Mikaell merenung aku pelik, sambil matanya terpejam-pejam bila aku mencubit pipinya.
Dia merenung aku pelik. Aku mula memberhentikan cubitan aku apabila Mikaell semakin dalam merenung aku.
"Kau ni, kalau kau jadi perempuan kan. Mesti kau cantik kan?"ujarnya lalu perlahan-lahan naik mengusap rambut pendekku.
Aku terdiam.
Bulu romaku mula naik.
"Kau ni! Haish!"
Aku terus melempang wajahnya perlahan. Namun pantas saja dia memegang tangan aku dan ditarik mendekati dia.
"Gila!" Jeritnya lalu melepaskan tangannya sendiri dari memegang erat tangan aku. Aku tak pasti dia menjerit pada dirinya sendiri atau aku? Aku tak pasti. Yang pasti dia terus keluar dari khemah bersama wajahnya yang mula tegang.
Aku tak tahu mengapa.
Aku terus bangkit dari baring sebelum tersedar lagi sekali… aku perempuan, bukan lelaki.
"Hey! Kau ok?"
***
DARRIEN, Luke dan Dean rancak berbual sambil menunggu makanan yang diordernya dari warung tepi jalan ini. Waktu tengahari masing-masing sudah lapar jadi mereka bercadang untuk membeli makanan.
"Kau tahu tak, aku peliklah dengan Adam tu."ujar Dean sambil mengerut dahi seperti memikirkan sesuatu.
"Kenapa pulak?" Luke memandang Dean pelik. Darrien apabila masuk topi perbualan tentang Adam dia akan mendiamkan diri.
"Aku tak tahu. Aku ni bukan apalah, aku takutlah dia rogol salah sorang dari kita berlima." Luke dan Darrien saling berpandangan mendengar ungkapan Dean sebelum keduanya ketawa bagai nak gila.
Nasib tiada orang sangat diwarung ini.
"Hesh! Kau ni kenapa pula dia nak rogol salah sorang dari kita? Dia kan lelaki." Luke mengingatkan Dean bersama sisa tawanya. "Kalau dia perempuan pun takkanlah dia nak sentuh kita." Sambung Luke lagi.
"Itulah yang aku risaukan! Lelaki zaman sekarang ni mana boleh percaya sangat!" Ujar Dean sambil mengetuk meja kayu.
Darrien dan Luke berkerut kening.
"Why?" Kini baru Darrien membuka mulut.
"Haah, setahu aku lelaki zaman sekarang yang tak bolej percaya muka kau! Muka kau macam penyamun!"
Luke ketawa terbahak-bahak apabila melihat riaksi wajah Dean yang seperti tidak puas hati.
"Kalau aku lempang kau, sia-sia aje hidup!" Dean sudah naikkan tangan gaya pelempangnya.
Luke sudah perlahan sedikit ketawa. "Oklah, sorry. Haa kenapa dengan Adam?"
"Gay! Aku rasa Adam gay!"
Untuk sekian kalinya, Luke dan Darrien saling berpandangan lagi sebelum…
"Bodoh! Dean bodoh! HAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAHA."
Dean merenung tidak puas hati kedua kawannya ini. Boleh diorang gelakkan dia. Sedang itu yang naluri lelakinya rasakan.
"Sial." Gumamnya perlahan.
Share this novel