BAB 4

Romance Series 15386

SETELAH, selesai membeli sarapan Darrien, Luke dan Dean kembali ke hutan untuk makan bersama teman-teman mereka.

Mereka bertiga terus melepasi semak-semak sebelum Tiba dikawasan kem mereka. Saat, sampai mata mereka bertiga bertemu dengan satu susuk tubuh tegap yang baru keluar dari khemah Darrien.

"Haaa, sudah! Apa Mikaell buat kat khemah kau tu!" Jerit Dean penuh cemas. Otaknya sudah berfikir bahawa Adam telah menggoda Mikaell dan…

Darrien yang mula fikir lain itu terus berlari ke arah khemahnya sebelum satu susuk tubuh kecil pula menyentuh pandangannya.

"Hey! Kau ok?"

Lelaki bertubuh kecil berbanding mereka yang lain itu hanya mengangguk bersama wajah polos.

"Mikaell ada buat apa-apa kat kau?"

Adam berkerut kening pelik lalu menggeleng laju. "Tak. Dia pujuk aku je sebab aku takut dengan monyet." Jawab Adam sambil tersenyum kecil.

Dean dan Luke mula mendekati Darrien yang berada di hadapan khemah. "Ouh. Nah, makanan… aku beli tadi. Kau makanlah, nak makan dengan kitaorang kat luar pun boleh." Luke menghulurkan makanan ke arah Adam sambil senyuman kecil meniti dibibirnya.

Dean pula hanya memandang Adam tidak puas hati. 'Nasib ramai bekap kau! Kalau tak dah lama aku ganyang-ganyang kau bagi daddy sugar rogol kau! Dah lah pendek macam gay aje!' getus Dean dalam hati penuh kebencian.

Adam mencapai makanan itu daripada tangan Luke sambil matanya mencincin bau nasi ayam. Kegemaran dia!

"Terima kasih. Tak apalah aku nak makan dalam ni je nanti aku keluar kalau aku dah siap makan."

Darrien dan Luke hanya mengangguk manakala Dean menjeling tajam wajah babyface Adam itu. Mereka berlalu meninggalkan Adam seorang diri.

***

SEPERTI biasa, rutinku pada waktu pagi ini. Masa diorang masih melantak tidurlah aku perlu mandi! Kalau diorang semua sudah bangun! Perh! Mahu kantoinya aku ada dada!

Air sungai jatuh mengalir, sekarang aku hanya ditepi batu, memegang erat batu jika ada apa-apa berlaku aku terus naik ke atas. Bunyi air sungai mengalir dari atas bukit benar-benar buat aku tenang.

Seperti tiada masalah. Seperti aku seorang saja yang hidup. Tambahan pula pada waktu pagi, udara pada waktu pagi juga amat segar. Kain batik yang hampir melorot ke bawah akibat tarikan air aku betulkan.

"Tenangku… membisikkan jiwa yang gundah, menikmati ketenangan untuk sementara… saat hatiku bersatu… hatiku tidak merasa ketenangan walau sementara…" Aku ketawa sendirian. Suara gadis ayuku terkeluar.

Apa yang aku nyanyi pun aku tidak tahu. Aku benar-benar tidak tahu,yang aku tahu adalah… mak bapakku yang selalu meminggirkan aku, bahkan mereka melebihkan Anisa berbanding aku. Aku anak mereka juga.

"Adam…"

Aku terkelu. Wajahku terasa panas. Suara Mikaell!

****

"ARGG!" Mikaell mengeliat sambil mengosok biji matanya, sedapnya melantak tidur. Wajah Qaed yang handsome dipandang sekilas mahu memastikan bahawa lelaki itu tidak sedar kerana dia agak bising tadi.

Mikael terus keluar dari khemah, saat itu mata dia membulat apabila agak waktu pagi juga dia bangun. Telefon sendiri yang berada didalam khemah dicapai. "Uish! Awalnya aku bangun! Rekod dalam sejarah ni woii!"

Mikaell menepuk dadanya tanda bangga nak mampus!

Baru dia mahu melangkah ke arah ungun api untuk menghidupkan api agar panas sedikit terbantut apabila ada satu suara menjengah masuk ke telinganya.

"Tenangku… membisikkan jiwa yang gundah, menikmati ketenangan untuk sementara… saat hatiku bersatu… hatiku tidak merasa ketenangan walau sementara…" Suara perempuan! Mikaell mula merinding.

Suara perempuan? Dalam hutan? Pada pagi hari? Wuish!

Namun, jauh disudut hatinya dia benar-benar mahu tahu siapa itu. Mikaell terus berjalan ditepi sungai sebelum matanya tertacap pada satu susuk tubuh kecil yang mandi hanya memakai kain batik saya. Namun, rambut perempuan itu pendek!

Mikaell merasakan itu Adam. Kerana diantara mereka hanya Adam saja berbadan kecil seperti gadis. Mikaell juga amat terkejut mendengar suara perempuan yang terlalu perempuan itu dari arah sini.

"Adam…"

Apabila Mikaell memanggil, tubuh yang berada didalam air sungai itu mengejang. Bahunya terangkat. Tubuhnya, seperti terkejut.

mat ri ye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience