MAKIN terkejut aku dibuatnya apabila terasa tapak kaki lelaki itu semakin mendekati aku dari arah belakang. Ya Allah, macam mana ni? Macam mana dia boleh bangun awal pulak?
"Adam…" seruan itu seiringan tangan kasarnya naik menyentuh bahuku yang terdedah. Kakiku yang berada didalam air makin bergetar hebat. Takut menyelubungi jiwa.
Macam mana ni?
"Adam…"
Seruan kali ini membuatkan perlahan-lahan aku menoleh, untuk tidak bagi kantoi aku tenggelamkan sedikit tubuhku ke dalam air supaya dia tidak nampak sembulan dua nasi lemak kecil aku bersama kain batik yang melekat rapat pada tubuh.
"Ya?"
Pandangan Mikaell berubah. Aku terus menyentuh wajah aku sendiri. Alamak! Ada apa-apa ke berubah! Aduh!
"Kau ni! Kenapa pandang aku macam tu!" Soalku kasar. Mikaell tersenyum kecil lalu berdiri. Aku hanya memandang dia pelik sebelum…
"Aku nak mandi jugak." Mikaell terus membuka bajunya dan dicampak ke atas batu yang dia cangkung tadi.
Aku menelan air liur kesat dan saat itu mataku bagaikan terpana menyaksikan 'enam roti' yang tersusun cantik. Ya Allah! Pertama kali aku lihat tubuh lelaki!
Aku terus mengalihkan pandangan ke arah tepi memandang air yang jatuh dari bukit itu. Mikaell pula terus terjun ke dalam air, dihadapan aku. Aku menutup mata apabila air banyak terpercik ke muka aku.
Tanganku terus mengelap laju wajahku.
Kuang asam!
"Adam! Sinilah berenang kat tempat dalam ni!" Aku terus memandang ke arah Mikaell. Pandangan tajam aku hadiahkan pada dia.
"Pale otak kau! Dalam giler! Aku ni fahlah pendek karang tenggelam pulak!" Jeritku lalu menjeling wajahnya pula.
Kendengaran Mikaell ketawa kecil sebelum dia terus tenggelam ke dalam air, aku tak tahu dia mahu kemana. Nak tinggikan kepala sudah memang tinggi ini. Ya Allah, pendeknya aku.
Aku terus termenung bermain dengan air sebelum…
"Arghhh!!"
Aku seperti tergelincir ke dalam air dan akibat ada satu tangan besar terasa seperti menarik aku ke tempat yang Mikaell berdiri tadi. Aku sudah tidak fikir apa selain hidungku dipenuhi air.
Aku tenggelam ke dalam air untuk seketika sebelum terasa tangan sasa itu berpindah ke pinggangku pula. Seperti mengangkat aku dari tenggelam.
Saat itu, aku terkedu apabila bau haruman seseorang yang aku kenal. Wajahku yang seperti baru naik ke dasar air kerana terasa angik sejuk mengucup wajahku. Aku terus membuka mata perlahan dan terbatuk-batuk kecil.
Saat itu, aku terkedu sekali lagi apabila wajah Darrien yang sedang merenungku dengan wajah yang penuh kerisauan.
Kami merenung satu sama lain. Ada satu rasa yang membuatkan aku seperti tenggelam dalam lautan matanya. Bunyi sungai bagaikan lagu yang memenuhi suasana simfoni antara kami.
"Oii! Jangan jadi gay!"
Mendengar jeritan itu automatik aku menjauhi pelukkan Darrien. Aku terus memandang ke arah empunya suara tadi. Dean.
Aku yang terlupa bahawa aku ini cepat cepat berlari ke arah batu tadi menahan daripada tubuhku tenggelam.
Saat itu, baru aku perasan bahawa semua kawan-kawan Darrien sudah berada ditepi sungai memandang risau ke arah aku. Kepalaku pula mulai pening bersama hidungku yang sudah mula bersoksek-soksek.
"Aku masuk khemah dulu eah?" Aku minta izin lalu kakiku perlahan-lahan memanjat batu untuk naik ke atas.
Tanganku memegang erat batu-batu licin ini dan kakiku mula bertindak untuk naik ke atas namun, pandangan kaburku tambahan lagi kepalaku yang pening.
Pandangan aku mula berpinar. Pegangang aku makin longgar namun aku cuba juga untuk naik tetapi…
Aku tak mampu...
Tubuhku jatuh ke dalam sungai semula.
"Adam!"
***
QAED, Dean dan Luke terus terjun ke dalam sungai manakala Mikaell dan Darrien laju berenang ke arah Adam.
Mereka cuba mencari tubuh Adam didalam air dan dibawa naik ke atas. Darrien yang teringat sesuatu terus menghalang rakan-rakan dia untuk memegang Adam.
"Eahh! Tak apa! Biar aku je angkat! Korang pergi sediakan ubat!" Jerit Darrien sambil mengangkat tubuh Adam ke dalam dakapannya.
Wajahnya mula cemas apabila mata Adam terkatup rapat. Nafas, lelaki bertubuh kecil itu sedikit pun tidak bergerak.
Kawan-kawan Darrien yang lain tak fikir panjang akibat cemas hanya ikut saja apa yang baru saja terjadi.
Mereka semua tak tahu itu kerana nafsu atau realiti. Mereka tak tahu, kerana akibat kain batik yang basah yang melekat pada tubuh kecil Adam itu menampakkan sesuatu yang agak lain.
Setahu mereka, mereka tidak ada dua gunung nasi lemak.
maaf bab ni agak merepek. huhuhuhuhu.
Share this novel
bila nk update