BAB 3

Drama Completed 450

Miliyani merenung jalan yang sunyi melalui jendela tingkapnya.
Kata-kata Zarith petang tadi di kafe mengganggu lenanya. Bila difikirkan
semula, hubungan antaranya dan Zarith memang sangat mesra hingga boleh
dianggap pasangan bercinta.
Miliyani pantas menggeleng-gelengkan kepalanya. "Huh... Kau jangan
nak buat gila, Mil. Kau suka dekat Firdaus! Bukan Zarith ."
Miliyani menghela nafas panjang sebelum dilepaskan. Dia sendiri
tidak faham mengapa soalan Zarith dengan tujuan bergurau itu terlalu
mengganggu dia.
Bunyi hilaian langsuir mengejutkan Miliyani hingga terjerit. Matanya
terarah pada telefin bimbitnya. 'Hemph! Ini tak lain tak bukan kerja si
ngok ni lah yang pergi tukar ringtone aku. Siap kau, Zack. Esok kau akan
terima balasan dari aku." Bisik hati Miliyani . Dadanya yang berombak
laju diurut perlahan.
Miliyani mencapai telefon bimbitnya. Nama "Firdaus terpampang di
skrin telefon bimbitnya. Membelolok mata Miliyani menerima panggilan
yang tidak dijangka itu. Dia berdehem sedikit cuba menghaluskan suaranya.
"Hello." Kedengaran suara lelaki itu di hujung talian.
"Hello." Miliyani menjawab ringkas.
"Mil, esok awak ada apa-apa plan tak?" Miliyani cuba mengingat. Esok
dia telah berjanji untuk ke Sunway Pyramid bersama Zarith .
"Emm... Kenapa ya?" Tanya Miliyani .
"La... Saya baru nak ajak awak keluar makan. Dekat KLCC. Kalau awak
dah ada plan, tak apalah." Rajuk Firdaus.
Miliyani menutup telefon Nokianya dengan terlapak tangan agar
Firdaus tidak mendengar perbuatannya. "Yess!!! Dia ajak aku date..."
Miliyani berlari-lari setempat di sebelah katilnya.
"Hello..." Miliyani cuba memastikan Firdaus masih di talian. Desah
nafasnya dan rasa terujanya dikawal sehabis mungkin.
"Yes, I'm still here." Firdaus menjawab.
"Actually, saya baru teringat. Plan saya dah cancellah semalam.
So..." Miliyani memegang pipinya. Terasa panas. Dia mencapai majalah di
atas katilnya lalu dikipas pada tubuhnya.
"Great then. Saya jemput awak esok, okay? Tak sabar nak jumpa awak.
Bye." Talian dimatikan
Miliyani melompat ke atas katil. Bantalnya di capai lalu wajahnya
ditekup pada bantal itu sambil dia menjerit keriangan. Kakinya juga
bergerak laju seolah-olah sedang menyertai larian pecut.
Seketika, pergerakan kakinya terhenti. Wajahnya diangkat dan
senyumannya juga mati. Zarith ! Macam mana dia mahu memberitahu Zarith .
Kalau dia katakan pada Zarith yang dia terpaksa membatalkan pertemuan
mereka disebabkan Firdaus, apa reaksi yang bakal diberikan lelaki itu?
Macam mana kalau sahabat baiknya itu merajuk atau marahkannya.
Telefonnya dicapai. Nombor Zarith yang sememangnya telah termaktub
dalam otaknya didail.
"Hello. Apasal telefon aku malam-malam buta ni? Tak boleh tunggu
kita jumpa esok ke?" Sembur Zarith dalam suara yang serak-serak basah.
Pastinya lelaki itu sedang dibuai mimpi saat dia mengganggu.
"Sorrylah ngok. Aku ada benda sikit nak cakap." Rasa bersalah
sedikit menghimpit jiwanya.
"Hah... Apa dia? Cakap cepat sikit." Balas Zarith dengan nada malas.
"Esok plan kita cancellah. Aku ada hal. Kawan aku tak sihat, so aku
nak pergi melawat dia." Tipu Miliyani .
"Huh?? Kawan mana pula yang sakit ni? Setahu aku, kawan-kawan kita
semua sihat wala'fiat je." Mata Zarith sedikit terbuka mendengar alasan
Miliyani .
"Adalah. Kawan lama aku. Kau tak kenal." Dalih Miliyani .
"Hisy! Yelah, yelah, yelah." Zarith akhirnya bersetuju. Dia sudah
malas melayan panggilan Miliyani . Rasa mengantuknya perlu dipenuhi.
Miliyani melepaskan keluhan lega.

Hari ini, gaya Miliyani agak lain dari kebiasaan. Dia memakai
short-dress merah muda berlengan pendek dipadankan dengan skirt labuh
dan kembang sedikit berwarna putih. Rambutnya juga dihiasi pin berbentuk
hati. Solekannya ringkas namun kelihatan sangat comel.
Firdaus merenung imej Miliyani dari atas ke bawah dan dari bawah ke
atas. Jiwanya dibalut kekaguman. Rupa-rupanya kecantikan yang dimiliki
Miliyani melebihi dari apa yang dia bayangkan. Sikap gadis itu yang
kelihatan tersipu-sipu benar-benar menjerat jiwa lelakinya.
Miliyani memegang belakang tengkuknya. Kenapalah Firdaus merenungnya
begitu sekali? Tebal sangatkah solekannya. Mahu pengsan dia kalau
terus-terusan mendapat panahan mata Firdaus.
"Awak, kita nak pergi mana?" Pertanyaan Miliyani mencantas kebisuan
Firdaus. Kali ini gilirannya pula yang tersipu-sipu malu tertangkap
merenung anak dara orang begitu sekali.
"Kita pergi Seoul Garden." Jawab Firdaus setelah mengawal
perasaannya. Miliyani mengerutkan keningnya.
"Mahallah tempat tu." Pangkah Miliyani .
"Tak apa. Saya belanja." Tutur Firdaus ikhlas.
Seketika Miliyani tersenyum. Kalaulah dia keluar dengan Zarith saat
ini, pasti lelaki itu dengan muka tak malunya menyuruh dia membayarkan
bil. Lain sungguh sikap Firdaus dengan Zarith . Dia tersenyum lagi.
"Mil... Kenapa senyum-senyum ni?" Miliyani mengangkat mukanya.
Matanya membulat. Aduh! Kantoi pula... Maki Hatinya.
"Eh... Tak... Tak ada apa-apalah. Otot muka saya hilang kawalan
kot." Miliyani menepuk mulutnya perlahan. Bodoh! Makinya lagi. Apa dah
habiskah alasan logik yang boleh dia berikan.
Ledakan ketawa Firdaus memancing perhatiannya. Oh my God! Mesti
dia ingat aku ni tak betul. Otak dah tercabut skru. Sedang bagi Firdaus,
dia ketawa kerana dia merasakan bahawa gadis kecil molek itu sangat
comel di matanya.
Miliyani menggigit bibir. 'Come on, Mil. Kau tengah date dengan
Firdaus. Apasal kau nak kena ingatkan si ngok tu pula. Fokuslah sikit,
Mil... Aduh! Zack, please leave my mend alone this time. Pergilah main
jauh-jauh wahai bayang Zack..." Bentak hati Miliyani .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience