BAB 1

Drama Completed 450

"Kau! Apa kau buat dekat sini?" Miliyani memandang Zarith dengan rasa
tidak percaya. Sengihan lelaki tinggi lampai itu yang menampakkan
barisan giginya yang putih mengundang senyuman yang mekar di bibir
Miliyani . Dia sama sekali tidak menyangka yang dia akan berjumpa dengan
lelaki itu lagi setelah lelaki itu berpindah dari Kuala Lumpur ke Johor
kerana tuntutan kerja ayahnya.
"Aku datang sini cari kau lah, Mil." Zarith memegang kepala Miliyani
lalu menggosoknya kasar hingga rambut Miliyani yang pendek seperti
lelaki itu berserabut dibuatnya. Mereka tidak memperdulikan renungan
mata kawan-kawan sekelas yang lain. Masing-masing terlalu gembira dengan
pertemuan ini.
Deheman dari Cikgu Ramlah, guru kelas tingkatan 6 Mawar menamatkan
perbualan mereka yang baru sahaja bermula. "Nampaknya kamu berdua dah
kenal, jadi Miliyani bolehlah tunjuk-tunjukkan sekolah ni untuk Zarith ."
Cikgu Ramlah memutuskan. Senang sedikit tugasnya.
"Baik cikgu. Serahkan saja pada saya. Semua ditanggung beres."
Miliyani mengangkat kedua-dua ibu jarinya sambil diperhatikan Zarith .
Memang begitulah sifat gadis bernama Miliyani . Kasar seperti lelaki.
Itu membuatkan persahabatan Zarith dan Miliyani lebih dekat dan rapat.
"No hard feelings..." Begitulah yang diucap Miliyani sewaktu mula-mula
Zarith menghulurkan tali persahabatan.

Miliyani menghulurkan roti dan air kotak yang dibelinya pada Zarith
sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki itu. Gadis itu
menyandarkan tubuhnya di pohon kayu yang merendang di tengah padang itu.
Zarith merenung Miliyani . Setelah lebih kurang lima tahun tidak
berjumpa, Miliyani kelihatan bertambah cantik, namun sikapnya masih
sama. melindungi kecantikan yang dia ada dengan sikapnya kasar.
Kekok Miliyani direnung Zarith sebegitu. "Kau ni apasal tenung aku
macam tu. meremang bulu roma aku, tahu tak?" Miliyani menyedut air kotak
di tangannya.
"Kau ni, tak berubah langsung. Cubalah lemah lembut sikit. Nanti tak
ada orang nak ke engkau, baru tahu. Jadi andartulah kau. Sewel." Zarith
menolak lembut kepala Miliyani .
"Ah! Andartu tak andartu. Kau kan ada. Tak ada orang nak kahwin
dengan aku, aku kahwin jela dengan kau." Miliyani mengenyitkan matanya
pada Zarith . Zarith hanya menggelengkan kepalanya melayan karenah
sahabatnya itu.
"Eh, cakap pasal kahwin ni... Kau dah ada awek ke?" Miliyani menoleh
ke arah Zarith . Lelaki itu hanya mengangkat bahu sebagai jawapan.
Miliyani mencebik. "Cit. Nak rahsia pula dengan aku." Miliyani bangun
dari duduknya.
"Kau nak pergi mana ni? Merajuk dengan aku ke?" Zarith menarik tangan
Miliyani .
"Tak ada masa aku nak merajuk dengan kau. Bukan dapat duit pun.
Rehat dah nak habislah, ngok! Jam mahal, tapi masa pun tak tahu."
Selepas mendengar kata-kata Miliyani , barulah Zarith melihat jam di
tangannya.

Langkah Miliyani yang laju, Zarith saingi. Baru sahaja berjalan sebaris,
gadis itu mematikan langkahnya secara tiba-tiba. Mata gadis itu terpaku
pada sesuatu. Zarith turut memanahkan matanya ke arah yang sama.
Imej seorang pelajar lelaki sebaya dengan mereka ditangkap oleh anak
matanya. Lelaki itu berjalan melepasi mereka dengan senyuman yang manis.
Zarith tidak lepas memandang Miliyani dan lelaki itu bergilir-gilir.
Melihat gadis itu diam tidak berkutik akhirnya Zarith menyiku pinggang
gadis itu hingga gadis itu melompat dan melatah.
"Opocot mak kau terbalik! Hoi! Ini sudah lebih. Ada siku-siku aku
macam tu. Sensitif, tahu tak?" Miliyani menampar kuat belakang Zarith
yang sudah pecah ketawanya melihat reaksi Miliyani .
Setelah tawanya reda, barulah dia memulakan bicara. "Mil, kau syok
dekat mamat pengawas tu, ya?"
"Man... Mana ada." Tergagap-gagap Miliyani menjawab. Zarith
mengangkat kening Double Jerk tanda tidak mempercayai kata-kata gadis
itu. Dia terus-terusan merenung anak mata Miliyani yang dari tadi cuba
lari darinya.
Miliyani menjeling Zarith sekejap-sekejap. Kemudian dia tersenyum ke
arah lelaki itu. "Nampak sangat ke, Zack?" Soalan Miliyani mengundang
tawa Zarith . Miliyani hanya mampu mengerutkan keningnya.
"Memanglah nampak, ngok. Dia lalu je kau macam hilang nyawa. tak
bergerak macam patung. Baby baru lahir pun boleh teka kau syok kat dia."
Zarith menepuk-nepuk bahu gadis itu. "Rupanya jiwa juga minah ni." Zarith
menyambung.
Miliyani mengetap bibirnya. "Kau memang nak kena, kan?" Miliyani
membuat aksi ingin mencekik Zarith , namun Zarith lebih pantas mengelak
lalu berlari menjauhi Miliyani . Miliyani turut berlari cuba menyaingi
lelaki itu yang masih dengan sisa tawanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience