BAB 4

Drama Completed 450

Miliyani menikmati makanan yang terhidang di hadapannya dengan penuh
berhati-hati. Kalau ikutkan keenakan Bibimbap dan Dukbolgi itu,
telah lama perangai gelojohnya menyerang lagi. Sekali lagi wajah Zarith
melekat di bebola matanya. Kalau dengan kawannya itu, dia sepenuhnya
menjadi dirinya sendiri. Kenapalah dia harus membuat lakonan free di
hadapan Firdaus.
Firdaus merenung Miliyani yang termenung memandang makanan di
hadapan. Dia mengambil napkin lalu menyapu bibirnya. Dia mendesah halus.
Kalau beginilah reaksi Miliyani , dia yakin gadis itu tidak betul-betul
menyukainya sepertimana yang didakwa Zarith .
"Mil..." Lembut Firdaus menyeru nama Miliyani yang masih lagi dengan
chopstik dibibir. Dia tidak mahu sampai Miliyani terkejut.
Miliyani mengangkat kepalanya perlahan. Matanya yang pada awalnya
kelihatan kuyu menjadi bulat seperti ternampak hantu. Hairan melihat
reaksi Miliyani , dia turut berpaling.
"Zack." Perlahan sahaja suara Miliyani menuturkan nama sahabat
baiknya itu. Dirinya tiba-tiba ditimpa ombak rasa bersalah. Wajah Zarith
yang merenungnya kosong membuat rasa bersalah yang mebadai dalam dirinya
bertambah menggila.
Firdaus merenung kedua-dua insan itu silih berganti. Ada sesuatu
yang tertanam dalam anak mata kedua-duanya. Dia melepaskan keluhan
kecil. Nampaknya dia harus terima, tiada ruang buatnya antara Zarith dan
Miliyani .
Zarith berdehem beberapa kali. Bebola matanya dilarikan dari terus
bertaut dengan anak mata Miliyani . Dia cuba mengawal ekspresinya agar
luka di hatinya tidak dapat dibaca.
"Tak sangka korang ada dekat sini. Boleh pula terjumpa, kan?" Suara
Zarith kedengaran agak bergetar. Tawanya juga kedengaran canggung dan
jelas hanya dibuat-buat. Suasana yang masih menyepi antara mereka berdua
mematikan tawa palsu Zarith . Dia mengetap bibirnya. Dia tidak boleh lama
di situ. Dia takut akan tewas dengan gelojak perasaannya sendiri.
Akhirnya yang terkapai-kapai kelemasan hanya dia seorang.
"Ypu look different, ngok. Oh, Shit! I'm late. I've an appointment.
See you." Jam ditangannya dikerling sekejap. Laju sahaja langkah Zarith
meninggalkan Firdaus dan Miliyani yang masih kelu. Langkahnya yang laju
diiringi larian hingga ke pintu keluar tangga kecemasan. Dia akhirnya
terduduk di situ.

Selera makan mereka mati. Miliyani benar-benar dihujani rasa bersalah.
Dia terasa bagai telah mengkhianati Zarith . Mengapa dia harus berasa
begini? Bukankah tiada riak marah pada wajah lelaki itu. Tapi, mengapa
dia sebaliknya dapat melihat duka yang cuba disembunyikan Zarith .
Chopstik ditangannya diletakkan atas meja. Kepalanya dipegang lalu
dipicit-picit lembut. Dia tidak suka apa yang dia rasakan sekarang. Dia
terasa seolah-olah oksigen disekelilingnya telah habis. Susah untuk dia
menghela nafasnya. Dadanya terasa sesak.
"Pergilah kejar dia." Firdaus menongkatkan dagunya. Wajah yang
dibalut rasa bersalah itu ditenung sambil bibirnya dihiasi senyuman
manis. Kalau betul sangkaannya bahawa gadis yang semakin mengambil
tempat dihatinya tanpa sedar mempunyai tautan yang lebih dalam bersama
Zarith , dia harus berlapang dada. 'Tak mengapa. Sakitnya akan surut juga
lambat laun.' Firdaus cuba memujuk hatinya.
Miliyani menggelengkan kepalanya. Tidak wajar dia berbuat begitu
sedang ini adalah temujanji pertama mereka. Sesuatu yang selama ini
hanya berlaku dalam mimpi dan angannya sahaja.
"Saya tahu awak nak kejar dia. Well, dia nampak..."
"No!" Segera Miliyani memintas. Jiwanya tengah serabut. Hatinya
kalut. Mindanya berterabur serata otak. Entah mengapa amarah pula yang
dia rasakan sekarang. Ya! Marah Zarith meninggalkannya begitu sahaja
lemas dalam lautan rasa bersalah. Marah Firdaus asyik menggesanya
mengejar Zarith .
Firdaus terpempan mendengar nada suara Miliyani yang agak tinggi.
"Awak... Just admit." Perlahan suara Firdaus. Miliyani mengangkat muka.
Apa lagi yang Firdaus cuba katakan ini?
"Apa yang awak cakap ni? Admit apa?" Rasa sukanya pada lelaki
dihadapannya terbang entah ke mana dengan kemunculan dan kepergian Zarith
yang begitu mendadak dan tidak disangka.
"Awak sayangkan dia." Miliyani tersenyum sini. Sudahlah dia tengah
serabut, kini Firdaus pula menambah haru yang dirasakan. Kepalanya
digeleng-gelengkan.
"Dia kawan terbaik saya." Miliyani memandang tepat ke anak mata
Firdaus.
"Dan dia juga yang terbaik dalam hati awak, kan? Rasanya, kalau saya
suruh awak ranking kedudukan Zarith dan saya, Zarith adalah yang
pertama, kan?" Miliyani diam tidak berkutik. Benar, Zarith memegang satu
hak yang istimewa dalam hatinya. Tapi... Tak! Tak mungkin dia sukakan
Zarith sedang lelaki itu adalah kawan baiknya sendiri.
Melihatkan Miliyani yang masih diam, Firdaus menyambung bicara.
"Sometimes it can happen when you don't even realise who actually own
most of your heart. Zack pula... Sebagai lelaki, saya faham hati lelaki.
Tadi pun sudah terang lagi bersuluh dia sukakan awak." Firdaus mendesah.
"Sebenarnya saya nak cakap banyak lagi. Tapi..." Firdaus berjeda
sebentas. Raut comel Miliyani melekat di bebola matanya. "Tapi, saya
sendiri pun dah mula sukakan awak. Jadi, tak salah kalau saya pentingkan
diri dan berhenti terangkan semuanya pada awak. Pandai-pandai awaklah
untu baca perasaan awak sendiri. Saya tak nak menyeksa hati saya sendiri
dengan cuba menyatukan awak dengan dia." Luah Firdaus.Ada getar dalam
suaranya.
Miliyani kelu mendengar pengakuan Firdaus. Meski itu yang selama ini
dia nantikan keluar dari bibir merah Firdaus. Tapi, hatinya tidaklah
dilonjak keriangan. Mengapa? Dia sendiri tidak punya jawapan. Dia hanya
kelu tanpa arah mendengar luahan lelaki itu.

Zarith melilaukan matanya di kawasan sekeliling sekolahnya. Air kotak di
tangannya disedut bagi melegakan kehausan tekaknya. Dia terpandangkan
kain berwarna biru disebalik pohon berdekatan dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience