BAB 6

Drama Completed 450

"Eh, awak tak pergi tengok Zack ke? Dia dah nak bertolak petang ni."
Firdaus merenung wajah Miliyani yang jelas dibalut duka. Miliyani hanya
menggeleng lemah.
"Mil, awak nak biar macam tu je ke perasaan awak?" Firdaus
menggelengkan kepalanya melihat Miliyani bagai boneka kehilangan tuan.
"Dia suruh saya happy dengan awak. Kalau dia boleh cakap macam tu,
jelas dia hanya anggap saya macam kawan." Miliyani bersuara perlahan.
Firdaus tersenyum sini. Bagaimanalah gadis itu boleh sampai ke
konklusi sebegitu. Barulah dia mengerti, pemikiran lelaki sangat berbeza
dengan perempuan. Entah yang mana satu lebih kompleks, dia tidak berani
memutuskan.
"Awak, awak... Lelaki ada ego dia sendiri. Takkan itupun awak tak
tahu kot." Firdaus merenung wajah Miliyani yang jelas diburu kekeliruan.
"Kalau awak nak tahu, wallpaper hanphone dia pun gambar awak, tahu.
Err... Saya curi tengok hari tu. Apapun, dia memang sukakan awaklah.
Lagipun awak tak beritahu dia pun yang kita cuma kawan biasa." Suara
Firdaus semakin perlahan. Ikutkan hatinya memang dia tidak mahu masuk
campur. Akhirnya dia sendiri menjeruk rasa. Namun melihatkan kedua-dua
sahabatnya menderita disebabkan salah faham, dia terpaksa juga campur
tangan.
"Pukul berapa dah ni?" Miliyani menyoal sekaligus mencantas lamunan
Firdaus.
Firdaus menjeling jam di tangannya. "Pukul 3." Firdaus dan Miliyani
berbalas pandang.
"Ya Allah, flight dia pukul 4." Tanpa membuang waktu lagi, Miliyani
bingkas lalu berlari keluar dari kafe itu diiringi renungan Firdaus.
"Good luck, Mil." Perlahan suara Firdaus menyapa telinga.

Miliyani berlari sekuat tenaganya. 'Zack, jangan pergi lagi Zack.
Tunggu aku. Tunggu aku." Pohon hatinya tanpa putus. Teksi yang hampir
melintasinya di tahan.

Zarith merenung pintu masuk KLIA. Tiada langsung kelibat insan yang
diharapkannya. Dia berseorangan. Ibubapanya hanya menghantar dari rumah
kerana dia sendiri enggan dihantar. Takut tidak sampai hati meninggalkan
mereka.
Pengumuman panggilan pesawat yang dinaikinya akan berlepas menarik
perhatiannya. Matanya kembali memerhati pintu kaca di belakangnya. Dia
melepaskan keluhan panjang...
Baru dia melangkah, tubuhnya berlaga dengan seorang lelaki. Habis
segala barangnya berterabur. Lelaki itu pula meninggalkan dia
terkial-kial seorang diri mengutip barangnya.
Selesai mengutip semuanya, baru dia terperasan, tiket di tangannya
terbang entah ke mana. Dia meletakkan semua barang-barangnya di tepi.
Terbongkok-bongko dia mencari tiketnya.
Bibirnya mengukir senyuman saat bebola matanya ternampak tiketnya
yang tersadai beberapa kaki darinya. Pantas dia berjalan ke arah tiket itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience