BAB 2

Drama Completed 450

Bunyi telefon bimbit menerima panggilan mengganggu lena Miliyani . Dalam
keadaan masih mamai, dia menjawab panggilan itu.
"Hello." Miliyani menjawab dengan suara yang serak-serak basah.
"Ngok, kau tidur lagi ke?" Mata Shamila terbuka sedikit. Telefon
yang diletakkan di telinganya dialih lalu direnungnya sambil matanya
dikecilkan. Silau. Nama Zarith terpapar di skrin telefon bimbit.
Miliyani bangkit dari baringnya sambil menggosok matanya. Jam loceng
di meja bersebelahan katilnya dikerling. Rambutnya yang kusut masai
dibela sedikit.
"Ngok, awal apanye. Baru pukul enam kot. Ayam jantan pun tidur lagi,
tahu tak?" Miliyani bersuara malas.
"Bangunlah. lepas solat subuh kau siap. Kita pergi joging."
"Joging? Otak kau ni waras lagi ke tak? Bila dalam hidup kau pernah
tengok aku joging? Tak nak lah!" Bantah Miliyani .
"Aku tak nak dengar alasan. Aku kata kau kena ikut, kau kena juga!
Pukul tujuh aku nak tengok kau dah tercongok dekat taman!" Putus Zarith
sebelum memutuskan talian.

Rumput hijau di kuis-kuis hujung kasutnya. Basah sedikit kasut
sukannya. "Mil!" Suara Zarith mencantas rasa bosannya. Tersentak dia saat
melihat lelaki di samping Zarith sebaik dia berpaling. Digosok-gosok
matanya bagai tidak percaya.
"Ha... Ni aku nak kenalkan kawan baru aku Firdaus. Dia sama form
dengan kita juz lain kelas je." Zarith memperkenalkan Miliyani dengan
lelaki yang disukai sejak dari menengah rendah lagi.
Miliyani segan mahu bertentang mata dengan Firdaus. Dia memanahkan
pandangannya pada Zarith yang hanya tersenyum kambing melihat reaksinya.
"Eh, dahlah sesi suai kenal ni. Jomlah joging." Suara Zarith memecah
suasana yang agak kekok tadi. Miliyani mengikuti langkah Zarith yang
terlebih dahulu meninggalkannya dengan Firdaus.

Kerusi kayu di tepi laluan joging itu bagaikan penyelamat nyawa pada
pandangan Miliyani . segera diterpanya kerusi itu untuk melabuhkan
punggung dan merehatkan kakinya yang terasa bagai nak putus itu.
"Oh, kerusi. Betapa aku menghargai kewujudanmu." Miliyani bermonolog
sendiri sambil memeluk penyandar kerusi itu. Zarith dan Firdaus yang
mendengar kata-kata Miliyani hanya mampu menahan ketawa.
"Awak okay ke?" Firdaus berdiri betul-betul di hadapan Miliyani
hingga membuat gadis itu mendongakkan kepalanya. Miliyani segera
melepaskan pelukannya pada kerusi itu lalu duduk tegak dan bibirnya
digigit. Rambut pendeknya dirauk ke belakang.
"Okay je. Cuma..."
"Cuma malas nak joging sebelum ni. Itu yang cepat pancit tu." Zarith
terlebih dahulu menyampuk sebelum sempat Miliyani menghabiskan ayatnya.
Miliyani mencebik bibirnya sambil merenung tajam Zarith yang tersengih
seperti kerang busuk itu.
Firdaus tertawa kecil melihat gelagat dua rakan barunya itu. Botol
air di tangannya dihulur pada Miliyani . "Awak ambillah. Saya belum minum
pun lagi." Lembut suara Firdaus mempelawa Miliyani .
"Eh... Tak apalah. Saya tak dahaga." Tipu Miliyani .
"Tapi, awak tak nampak macam tak dahaga pun. Ambillah." Botol air
itu diletakkan ke dalam tangan Miliyani . Miliyani tersenyum sendiri
menerima layanan yang lembut dari Firdaus.
Senyuman Zarith mati. Dia tidak senang melihat kemesraan antara dua
insan dihadapannya itu. Pintu hatinya diketuk rasa cemburu, namun dia
masih mampu mengawalnya. "Wey, aku sambung joging dululah. Kau teman
minah lembik ni. Baru joging sikit dah pancit." Zarith memulakan langkahnya.
"Zack!" Miliyani melaung nama Zarith , namun lelaki itu langsung
sekalipun tidak berpaling. Dia merasa kekok ditinggalkan bersama
Firdaus. Tindakan Firdaus mengambil tempat di sebelahnya menambah
debaran yang sejak tadi dia rasai.

"Rapat betul awak dengan Zack, kan? Saya dapat rasa yang dia selesa
sangat dengan awak." Firdaus memulakan bicara memecah kesunyian antara
mereka.
"Hah? Yeke? Saya rasa dia jenis yang selesa dengan semua orang."
Miliyani tersenyum sejenak. Terkenang dia waktu awal-awal persahabatan
mereka. "Kalau awak nak tahu, dia approach saya tiba-tiba masa form one
dulu. Dia datang dekat meja saya macam nak cari gaduh. Lepas main
tenung-tenung dengan saya, dia senyum tiba-tiba. Lepas tu, dia cakap jom
kawan. Saya pelik juga dengan perangai dia mula-mula dulu, tapi lepas
kenal dia, saya suka kawan dengan dia." Miliyani tersenyum manis. Zarith
sememangnya seseorang yang sangat berharga di hatinya. Zarith membawa
satu nilai yang tidak boleh digalang ganti dalam dunianya.
Firdaus merenung Miliyani yang masih hanyut dengan kenangan dahulu.
Dia lalu melepaskan keluhan halus. "Saya jelous dengan kamu berdua."
Terangkat kening Miliyani mendengar kata-kata Firdaus.
"Persahabatan korang rapat sangat. Kalaulah saya pun ada sahabat
seperti korang..." Firdaus tersenyum sejenak. "Saya ni mengarut je, kan?"
"Kami memang kawan awak." Laju Miliyani menjawab. Mereka berbalas
pandang sebelum senyuman kembali terukir di bibir Firdaus.
"Awak ni cantiklah." Rasa macam nak pecah dadanya mendengar bicara
Firdaus. Firdaus yang baru terperasan dengan ketelanjuran kata-katanya
segera menekup mulut. Wajahnya merona kemerahan. "Sorry..."

Zarith menongkat dagunya. Miliyani yang asyik termenung sedari tadi
direnungnya. "Come on, Mil. Cukup-cukuplah berangan tu. Sekarang kau
dengan aku, tak bestlah kalau kau asyik termenung je." Rungut Zarith .
Miliyani mengalihkan perhatiannya pada Zarith . Tertawa Miliyani
melihat bibir Zarith yang sudah panjang sedepa itu. "Ala... Merajuklah
pula sayang kita ni." Miliyani memicit hidung Zarith yang mancung.
Zarith menepis tangan Miliyani . "You know what, kita kan dah besar.
So, aku rasa kita tak bolehlah nak pegang-pegang macam dulu. Kalau si
Firdaus tu nampak macam mana?" Lambat-lambat Zarith menegur Miliyani .
Sebenarnya itu semua alasan. Dia cuba menjaga hatinya sendiri dari terus
diberi sepenuhnya pada gadis istimewa ini. Jika terus-terusan Miliyani
menunjukkan kemesraan padanya, dia mungkin tidak mampu keluar lagi dari
kawah cinta.
Miliyani mengetap bibirnya. "Kau cakap apa ni?" Hatinya terasa
mendengar bicara Zarith . Dia sedar apa yang Zarith katakan benar, namun
mendengar sendiri teguran dari mulut Zarith , sahabat baiknya membuat
hatinya sedikit tercalar.
"Aku minta maaflah. Tapi, betul apa aku cakap. Kalau kau nak jadi
awek Firdaus, kau mana boleh tunjuk yang kau rapat sangat dengan aku."
Miliyani mengerutkan dahinya.
"Kenapa pula? Kau kawan baik aku. Bukan... Kawan terbaik aku.
Mestilah kita rapat." Kali ini giliran Zarith pula mengerutkan keningnya.
Bibirnya terjongket sedikit.
"Mil..." Suaranya tinggi sedikit.
"What, Zack..." Mil menjawab sambil tersenyum.
"Kalau kau nak jadi awek aku, bukan Firdaus aku tak kisahlah kau nak
picit hidung aku ke pegang tangan aku sambil seiring dan sejalan dan
yang sewaktu dengannya." Zarith menarik nafas. Sakit di hatinya
disembunyikan. "Kau syok dengan Firdaus. bukan aku." Dia melarikan
matanya dari memandang anak mata Miliyani .
"Well, aku..." Kata-katanya mati di situ. Entah mengapa kelu
lidahnhya untuk menjawab bicara Zarith .
'Mil, jawablah apa-apa. Hati aku tengah sakit, kau tahu...' Bisik
hati Zarith . Sesekali dia merenung wajah Miliyani yang kelihatan kelu.
Tiada tanda gadis itu akan membuka mulut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience