"Macam mana encik dan keluarga..suka tak dengan rumah ini??..saya harap semua selesa walaupun keadaannya perlu diperbaiki lagi..maklumlah ia sudah lama ditinggalkan kerana saya pun agak sibuk dan apabila saya dapat tahu encik memerlukan rumah,sebab itu saya menawarkan rumah ini.."katanya sambil senyum kepada kami..aku dapat lihat dia menjeling ke arah aku apabila dia melihatku seakan-akan tidak berpuas hati..namun aku membiarkan sahaja...
"Semuanya ok..terima kasih sebab membantu saya..kami akan jaga rumah ini dengan baik selagi kami tinggal di sini..jangan risau..kami akan membersihkan rumah ini sebelum keadaan menjadi gelap nanti kerana banyak barang yang perlu dibawa masuk dan rumah ini perlu dibersihkan dahulu.."kata ayahku kepada tuan rumah tersebut atau aku dan keluargaku panggil Encik Kamal..
Mujurlah kami sampai pada waktu pagi,jadi masih banyak masa untuk kami membersihkan rumah yang agak besar itu...
Sebelum Encik Kamal pulang....
"Oh,ya..sebelum saya terlupa..ada satu bilik dimana ia telah berkunci dan tiada kuncinya..jadi,saya harap encik dan keluarga tidak akan masuk ke situ..bilik itu hanyalah sebuah stor lama yang tidak digunakan lagi..encik boleh meletakkan barang-barang yang tidak digunakan di stor belakang rumah ya.." katanya..aku agak curiga dengan apa yang baru sahaja dikatakan olehnya..mahu sahaja aku pergi lihat apa yang ada di dalam bilik itu dimana dia katakan bahawa itu hanyalah sebuah stor lama..tetapi aku tidak berfikir sebegitu..mungkin ada sesuatu yang dirahsiakan olehnya..
"Oh,begitu..baiklah kalau Encik Kamal kata begitu..dengar tak apa yang Encik Kamal cakap tu..abang,kakak,adik??tanya ayahku kepada kami tiga beradik..
"Dengar ayah..kami takkan masuk ke dalam bilik itu..janji.." balas kami bertiga..
"Kalau tiada apa-apa lagi saya pulang dahulu ya..saya ingat hendak membawa kamu semua melihat bahagian dalam rumah tetapi saya ada hal yang perlu diuruskan..kalau mahu apa-apa pertolongan daripada saya,encik boleh hubungi saya"
Selepas bersalaman dengan ayahku dan abangku,dia pulang ke rumah dan bermulalah kerja kami mengemas rumah tersebut..
Share this novel