Selesai sahaja memilih bilik, kami mula mengangkat barang-barang masing-masing untuk dibawa masuk ke sana..semua barang ditinggalkan di ruang tamu,jadi aku perlu membawa semua barang-barangku naik ke tingkat atas,maklumlah bilik yang aku 'suka' sangat-sangat berada di tingkat atas..malah aku mengangkat semua barangku sendiri..
Dengan perasaan yang bercampur sama ada suka dan terpaksa,aku melakukan kerja itu dengan cepat supaya aku dapat berehat..mujurlah waktu itu baru sahaja pukul 10:30 pagi..jadi,aku ingin siapkan semua kerja itu sebelum makan tengah hari..
Sebelum bergerak ke bilik,ayah memberi aku dan abang kunci bilik masing-masing..dan semasa dia memberi kunci itu,dia berkata...
"Masa buka pintu bagi salam,masuk dengan kaki kanan..kita baru sahaja menghuni rumah ini dan rumah ini sudah lama ditinggalkan..jadi,faham-fahamlah ya..kalau ada apa-apa,panggil papa nanti papa datang.."aku sudah mengagak bahawa dia akan berkata begitu..aku mengangguk faham semasa ayahku menghulurkan kunci kepadaku..
Selepas mengucapkan terima kasih,kami bergerak ke bilik masing-masing kecuali adikku kerana dia akan naik bersama ibuku..maklumlah dia kecil lagi..tanpa berlengah lagi aku bergerak ke bilikku..
Share this novel