"pergi...jangan kacau aku..pergi...pergi..!!!" Dengan renungan yang tajam dia memandang ke arahku dan tersenyum sinis seakan-akan suka apabila aku merayu sebegitu.. "cu,jangan takut..selagi cu dengar apa yang nenek cakap cu selamat..keluarga cu pun akan selamat..mari cu.." Dia menghulurkan tangan tuanya kepadaku dan aku dapat lihat tulang-tulang jarinya seperti mahu terkeluar..seakan-akan tiada isi dan hanya dilapisi kulit kering dan berkedut.. Aku buntu..aku keliru..adakah aku perlu mendengar kata-katanya atau biarkan sahaja..tetapi,bagaimana dengan keadaan keluargaku nanti jika aku tidak mendengar kata-katanya..aku lebih rela mempertaruhkan nyawaku daripada keluargaku dikerjakan dengan begitu teruk.. Tiba-tiba,pipiku menjadi sejuk seakan-akan ada yang menyentuhnya dan semasa itu jugalah dia berada betul-betul dihadapanku..sangat dekat..aku memandang tepat ke dlm anak matanya..cuba untuk memahami apa yang dia inginkan sebenarnya...peluh membasahi di dahiku dan jantungku berdegup dengan sangat laju seperti mahu terkeluar.. "Aarrgghhhh!!!!"aku mengerang kesakitan.. Dia tersenyum puas seakan-akan sudah dapat apa yang diinginkannya..
Update 04 September 2023