"Papa,besarnya rumah ni..ni ke rumah baru kita papa??" tanya adikku yang baru sahaja lancar dalam percakapannya kepada ayahku sewaktu kami tiba di halaman rumah baru kami..
"Ya..inilah rumah baru kita..kata tuan rumah ni haritu masa papa pergi jumpa dengannya rumah ini memang dah lama tiada penghuninya dan disebabkan kuaters di tempat kerja papa dah penuh, dia bagi papa beli rumah ini..jadi,kita akan tinggal di sini.." terang ayahku kepada dia..
"Oooh..bestnyaa!!..mesti bilik tidur pun besar-besarkan..kakak,jom kita pergi tengok bilik baru kita.."kata adikku dengan riangnya..
Aku pada mulanya berasa tidak sedap hati apabila melihat rumah itu..seakan-akan ada sesuatu yang akan terjadi..tetapi aku menafikannya..aku pun membawa adikku masuk ke dalam rumah tersebut..
Semasa kami hendak melangkah masuk,tuan rumah tersebut datang dan menyapa kami sekeluarga..kemudian,dia membawa kami melawat sekitar luar rumah tersebut..dia membawa kami sehingga ke belakang rumah di mana di belakang rumah tersebut terdapat stor yang bersaiz sederhana,sebuah kolam kecil dan juga kebun sayur-sayuran yang sudah lama ditinggalkan..
Share this novel