Bab 4

Horror & Thriller Series 83

Apabila aku menjejakkan kaki ke dalam rumah tersebut..aku agak terkesima dengan keadaan di dalam rumah itu..seperti rumah agam yang sudah lama aku idamkan untuk tinggal di dalamnya dan akhirnya sudah ditunaikan..

Rumah tersebut merupakan rumah dua tingkat..mempunyai 4 bilik di tingkat atas di mana stor yang Encik Kamal tidak membenarkan kami masuk turut berada di situ tetapi ia berada di hujung sekali..3 lagi bilik tidur berada di tingkat bawah di mana ia berada dekat dengan ruang tamu dan juga dapur..abangku sudah memilih bilik di bahagian bawah kerana katanya mudah untuk dia pergi ke dapur malam-malam jika dia lapar..2 lagi bilik ibuku mahu jadikannya sebagai bilik tetamu..

Jadi tinggal bilik di tingkat atas sahaja yang kosong..1 bilik untuk ibu dan ayahku,1 lagi untuk adikku,Erina dan tinggal 2 sahaja lagi bilik iaitu stor lama serta bilik kosong di hadapannya..mahu tidak mahu aku terpaksa mengambil bilik tersebut sebagai bilik tidurku walaupun ia berada berdekatan dengan stor lama itu..aku redha dan pada masa yang sama aku berharap agar aku dapat menyelesakan diriku di bilik tersebut..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience