Semasa naik ke tingkat atas..aku dapat rasakan sesuatu yang aneh..tetapi aku menafikannya dan terus menuju ke bilik..semasa dalam perjalanan ke sana aku asyik teringat tentang stor lama itu dan perasaan ingin tahu semakin membuak-buak..tetapi aku sudah berjanji yang aku tidak akan pergi ke sana..
Lamunan ku terhenti apabila aku lihat terdapat dua pintu yang sama dimana ia adalah stor itu dan juga bilik tidurku..aku keliru,tidak tahu hendak pilih yang mana..kedua-dua bilik itu berada berhadapan antara satu sama lain dan aku membuat keputusan untuk memilih di bahagian kanan..aku berdiri betul-betul di hadapan bilik itu dan apabila aku hendak memasukkan kunci ke dalam tombol itu..
"kakak!!bukan ke papa dah cakap jangan pergi ke stor itu..kamu buat apa tu??bilik kamu di sebelah kiri ni..kan ada tulis tu..kamu baca tak??" Jantungku seakan-akan mahu terkeluar apabila terdengar suara ayahku..
Aku memandang kembali ke arah pintu di hadapanku dan aku lihat pintu tersebut tidak seperti yang aku lihat semasa aku mula-mula sampai di situ..pintu tersebut kelihatan agak usang dan berkunci dengan mangga..aku terkejut buat kali yang kedua dan ya,aku seperti sesak nafas sahaja pada waktu itu..'bukankah pintu itu sama dengan pintu bilikku tadi??kenapa ia tiba-tiba berubah??' Aku semakin pelik dan berasa tidak sedap hati... 'hmm,mungkin aku berkhayal tadi' Aku berkata dalam hati..
"Kakak..kamu dengar ke tak ni..mengelamun saja kamu dari tadi sejak kita sampai sehinggalah sekarang..kamu ok ke tak ni??"ayahku seperti merasakan ada sesuatu yang tidak kena denganku..
"Hmm,sorry papa..kakak tak perasan pula kakak boleh ada kat depan stor ni..sebab~..."aku tidak pasti sama ada hendak beritahu ataupun tidak..kalau dia tahu pun mesti dia tak percaya dengan kata-kataku..
"Hmmm..takda apa-apa laa papa..kakak ok je..kakak masuk bilik dulu ye.."aku membatalkan saja niat untuk memberitahunya..
"yelah..kalau ada apa-apa kakak panggil papa ye..ingat apa yang papa pesan tadi..kamu boleh masuk sekarang.."aku mengangguk selepas mendengar kata-katanya dan aku terus pergi ke bilikku..ya, bilik tidurku yang betul..bukan stor itu..
Share this novel