BAB 2

Horror & Thriller Completed 995

Tanpa rasa takut, Ismail membuka papan keranda itu perlahan-lahan. Kelihatan mayat Pak Daud masih elok lagi biar pun sudah bercampur dengan warna tanah.

Dia memberanikan diri membuka kain kafan itu. Jantungnya berdegup laju. Wajah Pak Daud amat mengerikan. Matanya terjojol keluar manakala serpihan kulit mukanya tertanggal dari daging. Bau hamis dan busuk menusuk ke rongga hidungnya.

"Ismail...lepaskan aku cepat! Aku nak bebas, Ismail. Cepat Ismail...cepat!" Suara itu semakin kuat berbisik di cuping telinganya. Sesekali, Ismail menyedari ada kelibat lembaga hitam sedang berterbangan di atas udara.

Dia tidak memandang lembaga hitam itu. Pandanganya hanya tertumpu ke bawah. Dia terus membuka kain kafan Pak Daud. Dengan terketar-ketar, dia memegang pergelangan tangan Pak Daud lalu menanggalkan cincin pusaka itu.

"Aduh, susah pulak nak tanggal!" Ismail mengeluh kecil. Dahinya sudah berpeluh-peluh. Hujan semakin lebat turun. Sudah basah kuyup seluruh tubuhnya.

Serentak dengan itu, tiba-tiba terdengar suara perempuan menggilai. Kecut perut Ismail jadinya.

"Jangan takut! Tanggalkan cepat cincin tu, Ismail! Bebaskan aku dari perangkap ni!" Suara makhluk ghaib itu berbisik lagi untuk kali ketiga.

Ismail tidak berputus asa. Cincin pusaka itu ditarik sekuat hati. Dia tidak peduli apa pun yang akan berlaku. Setelah berhempas pulas, akhirnya dia berjaya menanggalkan cincin pusaka itu.

"Dapat jugak akhirnya. Sekarang ni, kau jadi milik aku." Ismail tersenyum riang.

Suara makhluk ghaib yang berbisik tadi terus hilang begitu sahaja.

Cincin pusaka itu segera dipakainya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience