BAB 3

Horror & Thriller Completed 995

Malam itu, Ismail tidak dapat tidur dengan nyenyak. Dia seperti gelisah tidak menentu. Akhirnya dia bangun. Sebaik sahaja dia membuka mata, alangkah terkejutnya dia apabila melihat ada sekujur tubuh seorang perempuan tua sedang duduk bersimpuh di hujung katilnya. Wajah perempuan itu terlalu hodoh dan menakutkan. Nanah dan ulat berjejeran jatuh dari wajahnya. Baunya sungguh memualkan tekak.

Ismail meraup muka beberapa kali. Entah mengapa, lembaga itu boleh mengikutnya sehingga ke rumah. Mungkinkah makhluk itu mengikutnya dari kubur Pak Daud? Ismail mulai tidak sedap hati. Janganlah ada perkara buruk yang akan menimpa dirinya. Dia sungguh khuatir dengan keselamatan emaknya. Emaknya itu tidak berapa sihat sangat sejak akhir-akhir ini.

"Ismail...!" Tiba-tiba namanya dipanggil.

Ismail menoleh ke arah suara itu.

"Sekarang ni, aku dah jadi hamba kau. Kau adalah tuan aku," ucap suara aneh itu.

"Siapa kau?"

"Aku penjaga kau!"

"Kau siapa?" Ismail bertanya lagi. Matanya meliar ke sana sini. Dia cuba mencari keberadaan makhluk tidak berwujud itu.

"Bukankah kau nak sangat jadi kebal dan kuat? Sudah lupakah engkau, wahai Ismail!"

"Ya, memang aku nak jadi kuat dan kebal. Kau boleh tunaikan permintaan aku ke?"

"Boleh. Tapi dengan satu syarat."

"Apa syaratnya?"

"Kau kena bagi aku makan darah satu kali dalam seminggu. Aku nak darah manusia." Bergema suara makhluk ghaib itu.

"Darah?" Ismail menjadi takut. Tubuhnya menggigil dan menggeletar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience