BAB 4

Horror & Thriller Completed 995

Akhirnya makhluk itu menjelmakan diri di hadapan Ismail. Tubuhnya sungguh besar dan berbulu hitam. Matanya merah menyala. Manakala wajahnya pula amat mengerikan.

"Akulah penjaga kau. Aku berasal dari cincin pusaka tu." Ia tunduk hormat ke arah Ismail.

Ismail menjadi bangga. Tidak menyangka dia ada penjaga.

"Macam mana aku nak percaya cakap kau? Aku nakkan bukti."

"Baiklah, aku akan tunjukkan buktinya."

Makhluk ghaib itu menjelmakan sebuah pisau lalu menikam ke perut Ismail. Pisau itu tidak lut apabila menembusi badannya.

Makin kuat Ismail ketawa. Semua hajatnya telah termakbul.

"Sekarang, aku dah jadi kebal dan kuat. Haha!"

"Kalau kau berani, tikamlah aku! Aku tak takut," ucap Ismail berlagak. Dia mencabar Karnain, seteru utamanya. Kerana lelaki itulah isterinya meninggal dunia. Dan sampai ke saat ini, dia masih menyimpan dendam kepada lelaki itu.

"Jangan berlagak, setan. Kau pun aku akan bunuh macam bini kau yang tak guna tu. Puii!" Karnain meludah ke tanah. Dia menghunuskan kerisnya ke perut Ismail, namun tidak lut. Tubuh Ismail begitu kebal.

"Haha!" Ismail semakin bangga dan bongkak.

Kali ini Karnain sudah dibantu oleh Shahrin dan beberapa orang lagi rakannya. Mereka berlima mengepung Ismail dari semua arah.

"Kau tak boleh lari lagi. Matilah kau jahanam!" Shahrin menumbuk muka Ismail, namun Ismail pantas mengelak. Tubuh Shahrin ditolaknya ke tanah. Secepat kilat, dia menikam perut Shahrin tanpa sempat lelaki itu berbuat apa-apa. Akhirnya, Shahrin mati di tangan Ismail.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience