BAB 5

Horror & Thriller Completed 995

Mereka berempat sudah kecut perut. Menggeletar tangan Karnain. Tidak menyangka, Ismail sekebal itu. Entah ilmu apa yang diamalkan olehnya sehingga menjadi kebal begitu.

Ismail menendang muka Karnain sekuat hati. Dengan tenaga luar biasa yang dimiliki, dia berjaya membunuh Karnain dengan mudah.

Semakin galak dia ketawa bagaikan orang gila. Dia dapat membunuh kesemua penjahat itu. Belum sampai seminggu, sudah lima nyawa yang menjadi korban.

Kita tangkap aje pembunuh tu, Tok!" kata Jijan, salah seorang penduduk Kampung Teluk Empang. Saat itu mereka sedang berkumpul di rumah ketua kampung.

Sejak dua minggu kebelakangan ini, sudah ramai orang yang dibunuh oleh Ismail. Mereka semuanya tidak bersalah. Lelaki itu memang sudah keterlaluan. Perbuatannya tidak boleh dimaafkan.

"Saya sokong, Tok! Sebelum ramai lagi orang yang menjadi mangsa, lebih baik kita tangkap dia hidup-hidup." Herwan menyokong kata-kata Jijan. Yang lain turut bersetuju.

"Baiklah. Kalau semua dah setuju, kita pergi ke rumah dia sekarang!"

"Dia dah tak ada, Tok. Cuma mak dia aje yang ada kat sini. Kurang ajar betul!" Jijan sudah menyingga.

"Kita cari dia sampai dapat. Tok yakin dia masih ada kat kampung ni," arah Tok Hitam.

Mereka berpecah kepada beberapa kumpulan. Selagi mereka tidak menemui Ismail, selagi itu mereka tidak akan balik.

Ismail sudah jauh meninggalkan kampung itu. Dia menuju ke kampung sebelah. Manalah tahu nasibnya baik di situ. Kerana ingin mengotakan janji-janjinya kepada makhluk ghaib itu, dia terpaksa membunuh lebih banyak nyawa lagi supaya menjadi lebih kebal dan kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience