BAB 6

Horror & Thriller Completed 995

"Paling kurang, kau kena bunuh 100 orang manusia. Masa tu, tubuh kau akan jadi lebih kuat dan kebal. Tak akan ada manusia di dunia ini mampu mengalahkan kau," ucap makhluk ghaib itu seraya ketawa.

Ismail semakin gelap mata dengan kekebalannya. Dia menuruti segala perintah makhluk itu tanpa menyedari dirinya telah diperdayakan. Janji-janji jin dan syaitan itu sememangnya palsu belaka.

Apabila dia sudah membunuh 100 orang manusia, jin itu masih tidak berpuas hati. Ia masih mahukan darah. Ismail dah tak berdaya lagi untuk membunuh. Tenaganya semakin lemah dan akhirnya dia mati dimakan oleh jin jahat itu.

“Eh, cincin apa ni? Cantik betul!” ucap Zakaria ketika dia berjalan menyusuri lorong menghala ke rumahnya. Cincin itu kelihatan unik dan seakan-akan hidup. Warnanya merah.

Zakaria pantas mencapai cincin itu dan membawanya balik ke rumah. Dia memang seorang penggemar barang-barang lama. Sudah banyak koleksi barang-barang antik yang dikumpul.

Sewaktu dia sampai ke biliknya, dia terus memakai cincin itu. Tidak semena-mena, tiba-tiba keluar satu kepulan asap tebal dari cincin itu. Kemudian, muncul sesusuk tubuh lembaga hitam yang menyeringai memandang ke arahnya.

“Akulah penjaga kau mulai saat ini!”

Muka Zakaria menjadi pucat lesi. Akhirnya dia jatuh pengsan kerana terlalu takut melihat wajah lembaga hitam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience