BAB 1

Drama Completed 2278

Langit yang sudah entah berapa jam menangis masih lagi belum menampkkan sebarang tanda mahu reda. Rintik hujan yang menyentuh bumi ini bagai menghapuskan rasa rindu Sazzy pada lelaki bernama Samsul.

Terbayang sahaja wajah lelaki itu bagai meluap-luap rasa marah dan bencinya pada lelaki tersebut. Sungguh sudah tidak ada ruang sayang lagi di dalam hatinya buat lelaki itu dan perkaran ini benar-benar membimbangkan mak Salmah, puas dia berdoa dan sepertinya dia sudah tidak tahu bagaimana harus meredakan lebatnya marah anaknya itu.

“Jangan ikutkan hati sangat Sazzy, apa kamu dah fikir habis-habis ke?!”

“Sudah tiada jalan lain mak, perkara yang membelenggu ni mesti diakhiri.!”

“Memang kamu pasti benar ka bahawa lelaki dalam foto itu suami kamu?”

“Bukan sehari dua Sazzy kenal abang Samsul . Hampir tujuh tahun mak!”

“Elok kau siasat dulu. Mungkin betul, mungkin tidak. Mak takut ada orang yang dengki dengan Sazzy . Tak tahulah kalau Samsul benar-benar buat perkara tu.”

“Memang dah terang mak. Tak perlu nak bersuluh lagi, memang dia!”

“Sazzy kena banyak sabar. Fikirkan tentang Zahraa Hanani…”

Sazzy memandang tepat ke wajah ibunya itu. Di matanya tertumpah mengharapkan resah dan gelisah yang tertunda di dada dapat dileraikan dengan segera.

Berita yang disampaikan oleh Diba , kawan sekampungnya yang baru pulang dari Kuala Lumpur tiga hari lepas benar-benar mengejutkan. Antara percaya dengan tidak, dinding kesabarannya tetap retak juga akhirnya.

Lebih menyakitkan lagi, ada sekeping potret yang terpapar jelas di telefon bimbit Diba . Gambar aksi mesra antara Samsul dengan seorang wanita bersama seorang anak kecil yang diambil secara rahsia ternyata terus membakar amarah di dadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience