BAB 8

Drama Completed 2278

“Sazzy cerita apa ni? Abang tak faham!”

“Apa lagi alasan abang? Apa lagi helah abang?”

“Abang balik ni nak jenguk Sazzy dan anak kita, bukan nak dengar cerita yang bukan-bukan macam ni!”

“Pokok tak akan bergoyang kalau angin tak bertiup abang…”

“Masalahnya sekarang, abang tak tahu hujung pangkal cerita ini? Abang balik bukan nak dengar leteran yang bodoh macam ni! Abang penat tau!”

“Sazzy nak abang selesaikan masalah ni sekarang jugak!”

“Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan? Sazzy dengar dulu cakap abang!”

“Cakap saja abang dah tak sayangkan Sazzy !”

“Apa halnya ni? Abang tetap sayangkan Sazzy ! Abang sayangkan Zahraa Hanani jugak!”

“Sazzy tak percaya! Sayang abang sekadar melafazkan kata… sekadar lafaz di bibir. Di hati abang siapa yang tahu?”

“Tolong percayakan abang!”

“Kenapa abang tak telefon Sazzy untuk bertanya khabar? Abang tahu tak, setiap saat Sazzy nantikan panggilan dari abang? Abang memang dah berubah!”

“Err… maafkan abang Sazzy . Abang tahu dalam situasi macam ni… Sazzy mesti tak akan percaya pada abang. Tak kesahlah kalau Sazzy nak percaya atau tidak. Telefon abang hilang jadi memang tak boleh buat apa-apa.”

Sazzy kesal dengan sikap Samsul itu. Dalam keadaan itu apa sahaja alasan boleh diberikan. Hancur hatinya bila mengenangkan nasib dirinya, lebih-lebih lagi apabila teringatkan Zahraa Hanani. Air mata yang mahu gugur, ditahankan juga. Sebolehnya dia tidak mahu menangis di hadapan lelaki itu. Bukan simpati yang diminta tetapi suatu yang pasti dicari. Samsul ditagih memberikan penjelasannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience