BAB 2

Drama Completed 2278

“Patutlah dia tak balik ke sini. Rupa-rupanya ada perempuan lain!”

“Jangan mudah percaya cakap-cakap orang Sazzy . Cari dulu kebenarannya…”

“Diba tu bukan orang lain mak. Apa untungnya kalau dia menjaja cerita yang tak benar ini? Sazzy pun tak pernah ada masalah dengan dia. Sazzy memang percaya!”

“Entahlah Sazzy … mak masih mengharap cerita itu tidak benar. Sepanjang mak kenal, Samsul baik orangnya. Hubungan kamu berdua pun tak ada masalah. Apa lagi sekarang, kamu berdua sudah dikurniakan Zahraa Hanani. Susah mak nak percaya…”

“Kalau sekadar cakap-cakap dari Diba saja, memang Sazzy ragu-ragu jugak. Ini siap dengan gambar sekali. Isteri mana yang boleh tahan sabar mak?”

Apa lagi yang mampu dijawab oleh Mak Salmah ? Setiap hujahan tetap ada jawapan dari Sazzy . Bukan dia mahu menyebelahi menantunya itu, dia hanya mahukan keadilan diberikan juga kepada Samsul . Untuk menyalahkan Samsul seratus peratus dalam masalah ini juga tidak adil. Selagi kebenaran cerita itu belum terbukti, lelaki itu tetap tidak bersalah. Sekadar gambar di telefon bimbit, Mak Salmah percaya teknologi zaman sekarang ada jawapannya.

“Sekarang ni macam-macam orang boleh buat Sazzy . Teknologi berkembang pesat. Segalanya berada di hujung jari.”

“Mak masih nak menyebelahkan abang Samsul . Mak lebih percayakan lelaki itu dari anak mak sendiri!”

“Bukan itu maksud mak, Sazzy . Perkara ni bukan boleh buat main-main. Ini semua melibatkan maruah…”

“Habis tu maruah Sazzy yang tercalar ni bagaimana pula mak? Mak nak anak mak ni terus hidup merana?”

“Mana ada mak di dunia ni yang sanggup tengok hidup anaknya terumbang ambing Sazzy. Mak tak mahu Sazzy rasa pengalaman pahit yang mak sendiri telah alami. Hidup bersendiri bukan mudah! Boleh ajdi kamu tak kuat.”

“Jika itu yang terbaik untuk kami, saya tak nampak di mana silapnya mak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience