BAB 9

Drama Completed 2278

“Usahlah abang nak berteka-teki dengan Sazzy . Buktinya memang nyata!”

“Apa yang Sazzy merepek ni? Makin abang tak faham?”

“Tak payah abang nak berlakon lagi depan Sazzy . Cukuplah segala apa yang abang buat di belakang Sazzy . Patutlah abang beriya-iya sangat nak Sazzy berpantang di kampung. Senanglah abang nak jumpa dengan perempuan tu!”

“Apa yang Sazzy cakapkan ni? Perempuan mana pulak yang abang jumpa?”

“Sazzy tak sanggup nak bermadu kasih. Lepas berpantang dan habis edah nanti, abang buatlah pilihan. Sazzy atau dia!”

“Astagfirrullah al azimmm! Buat mengucap Sazzy ! Sabar banyak-banyak!”

Gila! Panas dan berdesing telinga Samsul apabila mendengar luahan hati dari isterinya. Umpama petir berdentum kuat, dia terkejut yang amat sangat. Apa yang berlaku sepanjang ketiadaannya di kampung itu?

Pokok memang tidak akan bergoyang tanpa ditiup angin namun bagi Samsul mesti ada sesiapa yang memulakan angkara ini. Ada sesuatu yang sedang bermain-main di mindanya.

Mungkinkah pertemuan tanpa diduga dengan sepupunya, Darlina Aria mencetuskan perselisihan ini? Pertemuan itu pun secara kebetulan. Oleh kerana mereka sudah lama tidak berjumpa maka pada kesempatan itu, Samsul mengajak Darlina Aria bersama anak kecilnya makan dan minum bersama.

“Ermm… mana Sazzy dapat semua cerita yang tak betul ini? Dah pasang penyiasat nak siasat apa aktiviti abang?”

“Itu semua tak penting abang. Mana perginya janji setia abang? Mana hilangnya rasa jujur dan ikhlas yang abang paterikan sekian lama? Sazzy tak mampu terima hakikat ini!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience