BAB 12

Drama Completed 2278

“Bukan itu maksud saya. Sazzy pun tak salah. Sayalah yang salah!”

“Jadi betullah tekaan saya selama ini?”

“Abang Samsul bukan suami saya. Kami adalah sepupu yang sudah lama tak berjumpa. Sembilan tahun saya duduk di luar negara dan kami bertemu secara kebetulan. Kita memang tak pernah berjumpa. Selepas menyambung pengajian di London, saya bertemu jodoh dengan suami di sana. Kami bernikah dan saya balik sini atas urusan keluarga berhubung dengan pembahagian tanah pusaka yang turut melibatkan keluarga abang Samsul . Minggu depan saya akan kembali semula ke London. Saya harap Sazzy sudah pun faham keadaan yang sebenar selepas penjelasan saya ini.”

Mak Salmah dan Sazzy berpandangan antara satu sama lain. Jelas di wajah Sazzy telah bercambah bunga penyesalan yang amat sangat. Tanpa dipaksa, dia melangkah menuruni tangga untuk mendapatkan Darlina Aria . Dia benar-benar telah membuat satu kesilapan yang besar dalam hidupnya. Serta merta wajah suaminya, Samsul datang mengapung di ruang mata. Dia memeluk Darlina Aria sambil memohon maaf.

“Maafkan Sazzy … maafkan Sazzy ! Sazzy dah berdosa pada abang Samsul ! Sazzy dah hancurkan perasaan dan hati abang Samsul ! Maafkan Sazzy juga sebab dah fikir yang bukan-bukan pada Kak Darlina . Memang salah Sazzy sebab cepat sangat percaya pada kata-kata orang…”

“Alhamdulillah. Akhirnya makbul juga hajat dan niat saya datang ke sini. Abang Samsul memang seorang yang bertanggungjawab. Sebagai isteri kita wajib percaya kepada suami. Sazzy sebenarnya beruntung sebab bersuamikan abang Samsul . Dia adalah sebaik-baik lelaki yang saya kenal. Kalau dia tak jujur, mana mungkin hubungannya antara Sazzy boleh bertahan sampai sekarang? Maleka Kesha sebenarnya adalah jambatan kasih sayang antara kamu berdua. Abang Samsul hatinya tak akan pernah berubah!”

“Kak Darlina tahu di mana abang Samsul sekarang? Sazzy nak minta ampun dan maaf!”

“Sazzy sabarlah. Nanti abang Samsul pasti akan pulang. Dia seorang lelaki yang bertanggungjawab. Biarkan dia tenang seketika sebelum kembali semula ke sini. Percayalah… detik itu akan tiba!”

Pelukan antara Sazzy dan Darlina Aria semakin ketat. Mak Salmah turut sebak dan tidak mampu menahan air mata. Syukurnya tidak terhingga apabila terungkai juga masalah yang dihadapi oleh anaknya itu. Sazzy pula tidak henti-henti memohon doa agar kesilapannya itu diampunkan oleh suaminya yang sedang menjeruk rasa. Darlina Aria cuba mententeramkan jiwa Sazzy yang masih berkecamuk itu.

“Allah SWT itu Maha Pengampun dan Maha Penyanyang. Sazzy mohonlah setiap masa. Lebih baik selepas solat…”

Sazzy hanya mampu berdoa dan terus berdoa. Semua yang ada turut terharu.

“Ya Allah Ya Tuhanku… ampunilah dosa-dosaku! Sesungguhnya aku telah mengkhianti imamku sendiri. Aku mohon kepada-Mu Ya Allah… kembalikanlah imamku ini… Aku merinduinya”

Petang itu langit mula berarak kelabu sekaligus mengundang gerimis dan memahut rasa rindu tidak bertepi Sazzy pada suaminya. Apakah hujan akan mengiringi drama sebabak mereka suami isteri? Atau sekadar gerimis yang hanya menumpang bermain sekaligus dapat melenyapkan segala duka yang menyelubungi mereka. Puas ditahannya sendu di hati, namun manik jernih mengalir jua, tangisan Maleka Kesha membawanya semula ke dunia nyata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience