BAB 6

Drama Completed 2278

“Kan lebih baik Sazzy saja pulang ke kampung? Mak tu bukan boleh berlama di rumah kita ni. Sazzy bukan tak faham dengan mak tu. Ayam dan itik kat kampung tu lebih pentingkan!”

“Habis tu abang macam mana?”

“Abang tak payahlah Sazzy nak risaukan sangat. Tahulah abang uruskan diri.”

“Risau tak adalah tapi bimbang juga…”

“Abang bukan budak kecil pun. Dah jadi ayah pun sekarang…”

“Makan minum abang?”

“Kalau malas nak masak, kedai mamak pun banyak!”

“Sazzy serius… abang main-main pulak. Laratkah nak makan di kedai mamak tu hari-hari?”

“Tak pun abang simpan stok mee segera!”

“Ermm… cepatlah hilang jambul abang tu!”

“Sayang jugak Sazzy kat abang!”

Sebelum kedatangan Diba membawa berita bencana, hatinya belum pernah dijentik rasa ragu dan bimbang. Setianya kepada Samsul tidak pernah berbelah bagi. Sayangnya buat lelaki itu tidak pernah berkurang. Apa sahaja yang diberitahu, akan ditelan bulat-bulat.

Sudah hampir tiga minggu berlalu. Tidak ada sebarang perkhabaran dari Samsul buat Sazzy . Bukan dia tidak mengingati nombor telefon lelaki itu, sengaja dia mahu menunggu panggilan. Situasi itu bagai mengiyakan ramalannya. Detak harinya memang mengakui, memang Samsul sudah berubah.

“Dia langsung tak tanya khabar?”

“Jangankan khabar mak, mesej pun tak ada!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience