BAB 2

Other Completed 15452

“Aduh lamanya Mimi ni. Hei kau pergi beli air batu ke buat air batu ni,” gerutu Adeeb dalam hati. Beberapa saat kemudian, Mimi datang dengan menjinjit dua plastik air batu. Adeeb memandang kosong kepada Mimi yang sedang bersusah-payah menjinjit air batu itu. Kemudian, tak semena-mena teriakan yang jelas dari tekak Mimi mengejutkan dia.

“Woii. Kau ni tak reti nak tolong ke? Dah la berat ni.” Dengan lemah Adeeb keluar dari kereta Myvi itu.

“Dah la suruh orang teman, lepastu suka-suka hati je nak marah-marah orang,” kata Adeeb perlahan, namun bisa didengari oleh Mimi.

“Woi black metal. Lain kali nak tolong tu ikhlas la sikit,”

“Nak ikhlas macam mana, aku dipaksa,”

“Hish. Kau ni kedekut betul. Dah la biar aku angkat sorang,”

“Ni la perempuan. Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit merajuk. Cuba jadi tough sikit. Macam aku,”

“Hish layan kau ni, esok tak habis. Cepatlah.!!”

“Yelah.. yelah..”

Sampai je dekat rumah Aunty Sham, Adeeb terus keluar dari kereta. Teriakan kuat Mimi tidak diendahkan. Langkah dilajukan memasuki halaman rumah Aunty Sham. Matanya terus meliar sekeliling mencari kelibat seseorang. Namun hampa.

“Argghhh ni semua Mimi punya pasal,” Adeeb baru sahaja hendak melangkah, namun sekali lagi bahunya ditepuk seseorang.

“Kau nak apa lagi ni?!” marah Adeeb. Mimi yang baru sahaja ingin melontar larvanya terkaku. Huish garangnya mamat ni. Tak pernah-pernah jadi macam ni.

“Erk. Sorry. Tu mama kau panggil balik” ucap Mimi dengan lemah-lembut. Adeeb terus melangkah. Sebuah jelingan maut dihadiahkan kepada Mimi sebelum kakinya keluar dari halaman rumah auntynya.

Aunty Sham mendekati Mimi.

“Asal ni Mi? Terus balik. Dengan mama tak jumpa lagi tu,” Mimi menjongket bahu. Dia terus masuk rumah. Pasal Adeeb diketepikan dahulu. Sekarang ni, aku kena fikir pasal kenduri ni dulu.

“Kenapa pula dengan anak mama ni?” tanya Puan Safiyya sambil menjeling kearah anaknya yang berada di seat belakang.

“Putus cinta ler tu,” perli Ameera kepada abangnya.

“Hei diam boleh tak. Cinta aku ni suci lagi tahu tak. Aku tak pernah nak couple-couple sebelum ni. Always single,” kata-kata Adeeb mengundang tawa Ameera.

“Hei cik abang oiii. Macam mana lah orang nak tersangkut dekat engkau. Perangai mengalahkan banduan, pemakaian pulak macam black metal. Pakai gelang hitam, rantai hitam. Cuba cermin dulu diri kau tu. Orang nak dekat pun takut,” bidas Ameera.

“Dah-dah. Kamu berdua ni asyik bergaduh sepanjang masa. Papa drive ni pun terganggu,” tegur Encik Rashid.

Tidak semena-semena, suasana menjadi sunyi tiba-tiba. Otak Adeeb mula memproses kata-kata adiknya. “Teruk sangat ke aku?!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience