BAB 8

Other Completed 15452

Aku pening. Kenapa semua orang pelik harini? Ada juga yang mengucap tahniah buat aku. Aku tak pasti kenapa dan untuk apa. Seperti kata Pak Lang, aku ikut sahaja duduk di kerusi meja yang disediakan di bawah garaj rumah ini. Otak aku bergeliga mencari sebab.

Kemudian, sepupu aku Si Mimi muncul.

“Bro.. Oppss ustaz. Tahniah ustaz.” Katanya sambil mengenyit mata. Jika dulu, bahu ini sentiasa menjadi mangsa tamparan hebat Mimi, tapi kali ni Mimi segan ingin memperlakukan sedemikian rupa.

“Apasal?” tanyaku hairan. Mimi memandangku kecil besar kecil besar.

“Kau ni amnesia ke apa?” Perangai Mimi datang dah. Ni yang aku risau, tak pasal-pasal dimalukan depan orang ramai. “Hari ni kan kau tunang.” Jelas Mimi.

“Hah?” ni lagi aku terkejut.

“Bila? Dengan siapa?”

“Ya Allah kau ni. Sekarang la. Dengan siapa lagi, gadis pujaan hati kau la. Ustazah tudung labuh. Takkan rumah dia kau tak kenal. Kata pengarang jantung.” Terang Mimi bersama senyuman sinis.

Aku mula memproses kata-kata Mimi.

“Hish, jangan-jangan Mimi nak kenakan aku tak? Bukan boleh percaya dia ni.” getus hatiku.

“Kau tak payah nak melawak la Mimi, aku merisik dia pun tidak. Celik-celik dah tunang.” Kataku pada Mimi.

“Memanglah kau tak risik dia, tapi dia risik kau!” Erk. Aku rasa macam terlekat tulang je kat trachea aku ni.

The End

P/s: Percayalah. Jika kita melebihi cinta kita kepada Allah, In sha Allah, Allah akan memakbulkan permintaan kita. Cepat atau lambat, sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience