BAB 4

Other Completed 15452

Adeeb menjeling kearah Mimi. Lalu satu demi satu anak tangga dipijak menuju kearah Mimi.

“Apa dia?” soal Adeeb sombong. Mimi ternganga. “Sombong gilak,”

“Kau kenapa ni? Macam ada yang tak kena je?” soal Mimi prihatin.

“Kau tanya lagi kenapa? Disebabkan kau aku tak dapat nak jumpa awek aku tau,”

“Hah? Apa salah aku?” soal Mimi blur. Adeeb teragak-agak untuk menerangkan kepada sepupunya tentang gadis yang dilihatnya kelmarin. Tapi kalau tak cakap, jawabnya melepaslah aku. Tapi kalau Mimi tak kenal dia tu, macam mana? Buat malu je. Adeeb memandang ke kiri dan ke kanan sebelum dia bersuara.

“Kau kenal tak gadis berbaju kurung putih dan bertudung labuh ungu kelmarin?” tanpa berfikir panjang Adeeb bertanya.

Mimi mula menganalisa bait-bait yang dilontarkan oleh Adeeb. Namun fikirannya tidak dapat memproses yang mana satu. Ye lah, dah namanya kenduri mestilah ramai ‘manusia’.

“Yang mana satu ek?” Mimi memandang tepat kearah Adeeb.

“Alaa, yang bertudung labuh tu. Sebelum kita pergi beli air batu tu,” jelas Adeeb lagi. Tiba-tiba tawa Mimi meletus. Tercampak jarum yang diselit di celah bibirnya. Adeeb memandang pelik.

“Hish, dia ni. Mujurlah jarum tu tercampak keluar, kalau termasuk ke dalam macam mana? Tak pasal-pasal jadi kenduri arwah pulak hari ni.”

“Amboi mulut. Takde lah. Tetiba kau ‘melekat’ dengan gadis bertudung labuh tu kenapa? Yang tu aku tak boleh terima. Kau, si black metal jatuh cinta dengan ustazah? Apa dunia nak kiamat ke?” jawab Mimi diiringi tawanya. Pelik tapi benar.

“Dah la kau ni. Malas aku nak layan kau. Bencilah,” Baru sahaja Adeeb ingin membuka langkah namun, kelibat seseorang memberhentikan langkahnya.

“Mimi, Aunty Sham panggil,”

“Ok. Dira, tolong sambung gubah dulang tu boleh? Nanti esok nak bawa ke rumah pengantin lelaki pula,”

“No problem,” jawab Dira manja. Mimi menepuk-nepuk bahu Mimi. “Ya Allah, adakah ini kebetulan?” Adeeb tersenyum bahagia. Hatinya bagaikan berhenti seketika. Langkah diaturkan kearah Dira yang sedang ralit menggubah dulang itu.

“Mak aii. Fokus giler. Aku kat sini dia buat dek je,” getus Adeeb.

“Assalamualaikum cik adik manis. Boleh abang tolong?” jerat dipasang. Nur Adira yang sedang ralit menggubah bunga itu memandang kearah suara itu. Kemudian, dia melihat Adeeb sedang tersenyum sorang. Lalu dia memandang ke sebelah. Kosong. Kemudian dia berpaling semula kearah Adeeb. Jari telunjuk ditunjuk kearah dirinya. Adeeb mengangguk.

“Wahalaihunmuhhalam,” jawab Adira.

Erk. Terkejut Adeeb mendengar suara sewel Adira. Langkah dipasang kearah dapur, mengikut jejak Mimi.

“Mimi, oii Mimi. Dimanakah kau?!” getus Adeeb. “Adoii, macam mana aku boleh terpikat dengan gadis sewel ni. Adoii,”

Hahahaha. Adira ketawa suka hati. “Padan muka!” getus hati Adira. Lalu dia kembali menyambung kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience