BAB 7

Other Completed 15454

Akhirnya, tertitis jua air mata Adeeb. Menangisi kesilapannya. Terlalu memuja manusia sehinggakan terlalai kepada sang Pencipta.

“Allah, ampuni aku. Aku masih lemah. Aku masih cetek dalam ilmu agama. Ampuni aku Ya Allah.”

Ustaz itu menepuk-nepuk bahu Adeeb. “Ustaz, sebenarnya saya masih baru. Walaupun saya Islam, tapi Islam saya hanya dimulut. Saya jahil ustaz. Saya jahil. Tolong ustaz. Saya merayu. Ajari saya ustaz. Ajari saya. Saya nak kenal dengan Islam.” Rintih Adeeb bersama air mata yang semakin bercucuran.

Ustaz itu mengangguk-angguk. “Pasti. Pasti..! Alhamdulillah” ucapan syukur meniti di bibir ustaz itu.

Mulai detik itu, setiap pagi sebelum dia pergi kerja, pasti dia akan berjemaah di Masjid An-Naim. Kemudian, mengikuti kuliah-kuliah Subuh yang diadakan pada setiap hari Ahad dan Selasa. Manakala hari-hari selebihnya, diadakan kelas Talaqqi dan Mushafahah. Selepas balik kerja pula, dia akan mengikuti solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

Alhamdulillah, semuanya semakin baik. Kedua ibu bapanya berbangga dengan perubahan dirinya. Jika dulu niatnya kerana inginkan Nur Adira, kini Nur Adira seolah-olah hilang dari mindanya. Hanya sang Pencipta yang sentiasa diingatannya.

Pesanan ustaz Alias yang merupakan imam masjid ini sentiasa diamalkan. Betul kata ustaz, tak kenal maka tak cinta. Jika dulu dia sering bermalas-malasan untuk solat jemaah, sekarang belum di suruh pasti sudah ada di masjid. Perkara ini seolah-olah kewajipan dalam hidupnya. Bukan itu sahaja, ramai jiran-jiran dan rakan-rakan baru yang dikenali. Inilah baru dipanggil keluarga.

Petang itu, mama mengajak aku ke rumah kawannya. Katanya ada kenduri kecil-kecilan. Oleh kerana papa outstation, jadi siapa lagi nak teman mama, kalau bukan dia.

“Deeb, nanti pakai baju ni tau.” Mama meletakkan sepasang baju Melayu di atas katilku. Aku ambil tanpa banyak soal.

“Mama, rumah dia dekat mana?” tanya Adeeb sambil tangannya memasukkan gear keretanya.

“ Dekat rumah Aunty Sham.” Jawab Puan Safiyya perlahan.

“Oh. Okei,” Tidak semena-mena, jantung Adeeb bekerja keras. Dia tidak pasti kenapa, tetapi dia rasa macam sesuatu yang tidak enak bakal terjadi.

Sudah sedia maklum, Mimi si sepupunya, kini sedang melanjutkan pengajiannya di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur. Jadi, dia tidak perlu malu lagi. Sejak hari mereka bergaduh hinggalah ke saat ini, dia tidak bertemu lagi dengan Mimi. Mimi pun langsung tidak bertanya khabar, apatah lagi nak rasa bersalah. Walaupun dia masih terasa sisa kemarahan, tapi biarlah, yang lepas biar lepas.

Sampai sahaja di situ, hati aku semakin kuat berdegup. Aku melihat mama bersalam dengan Aunty Sham, Aunty Rosma dan ramai lagi wanita-wanita yang ada disitu. Yang aku peliknya, papa, Ameera, sepupu aku Mimi dan boleh dikatakan semua saudara-maraku ada disitu. Aku mula menggaru kepala yang tidak gatal. Kemudian, aku melihat seorang mak cik, mengajak kami masuk. Kemudian aku melihat ibu saudaraku serta beberapa orang sepupuku memegang dulang hantaran sebanyak 5 dulang. Aku tidak pasti kenapa.

Baru sahaja aku nak melangkah masuk, pak saudaraku, Pak Lang, melarang aku masuk.

“Amboi, tak sabar nampak. Kamu tunggu disini dulu,” kata Pak Lang, lalu dia terus menghilang ke dalam rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience