BAB 6

Other Completed 15452

Sejak hari itu, Adeeb lari. Lari dari semua orang. Terutamanya Mimi. Dia malu diperlaku sebegitu rupa. Dihina oleh Mimi dihadapan gadis pujaan hatinya.

Adeeb memandang siling biliknya. “Nur Adira, kau milikku. Aku berjanji aku akan memilikimu.”kata hati Adeeb.

Kata-kata Adeeb itu diiringi dengan air mata. Air mata semangat. Perlahan-lahan, tangannya memecat gelang ditangannya. Kemudian, cincin-cincin yang memenuhi jarinya dibuang ke tepi. Gunting diambil. Rambut yang terpacak-pacak itu akhirnya semakin pendek dan pendek. Tuala diambil. Lalu dia menghilang ke dalam bilik mandi.

Azan maghrib kedengaran. Dia mempercepatkan langkahnya menuju ke masjid An-Naim yang berdekatan dengan banglonya. Sebelum kakinya melangkah ke dalam masjid, dia meletakkan tangan di dadanya.

“Allah, aku berharap dengan aku berbuat sebegini, kau akan hadiahkan aku Nur Adira sebagai isteri.” ucap Adeeb perlahan. Langkah diatur ke dalam masjid.

Kini, solat berjemaah di masjid menjadi rutin hariannya.

Setiap kali solat, dia pasti berdoa…

“Ya Allah, aku telah buat apa yang Engkau suruh dan aku sudah tinggalkan apa yang engkau larang. Hanya satu permintaanku. Kau hadiahkan Nur Adira ke dalam hidupku.

Hinggalah satu saat, ditakdirkan seorang ustaz mendengar doanya. Lalu kepalanya digeleng-geleng berkali-kali. Usai Adeeb mengaminkan doa, dia terus mendekati Adeeb. Dengan lemah-lembut, dia menegur Adeeb.

“Assalamualaikum saudara, maaf saya mengganggu. Siapa nama saudara ya?”

Adeeb yang masih memejam mata, sedikit terkejut dengan kehadiran ustaz di sebelah. “Adeeb.. Err Adeeb Al-Farisi.” Jawab Adeeb tergagak-gagak.

“Ohh. Beginilah Adeeb. Sebagai seorang saudara seIslam, saya rasa bertanggungjawab untuk menegur saudara seIslam yang lain, jika ada salah. Saya akui saya tidaklah sempurna, tetapi tidak salahkan jika saya nak berkongsi ilmu.” Adeeb menggangguk-angguk.

“Adeeb, sebelum tu saya nak minta maaf. Tadi saya terdengar kamu berdoa. Sebenarnya, dalam kita beribadat ni, kita hendaklah melaksanakan perintah Allah itu dengan seikhlas-ikhlasnya. Seperti yang disebut didalam surah Al-An’aam ayat 162-162.

“Maksudnya, katakanlah sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”.

“Percayalah Deeb. Jika kita meletakkan segala-galanya kerana Allah, in sha Allah semuanya akan dipermudahkan. Itu janji Allah pada hambanya.” Kata-kata ustaz itu umpama air yang menyerap masuk ke dalam jiwanya. Walaupun dengan ayat yang simple dan ringkas, namun ianya bisa mengundang tangis di jiwa insan yang bernama Adeeb Al-Farisi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience