BAB 3

Other Completed 15452

“Bang, tadi Sham ajak ke rumah dia. Katanya ada lauk lebih. Jadi dia suruh pergi sarapan rumah dia je. Lagipun saya nak pergi tolong la apa yang patut.” Kata Puan saffiya kepada suaminya.

“Ohh. Ye ke? Bagus la macam tu. Adeeb dengan Mira nak ikut tak ni?”

“Hish, kenalah ikut. Sham minta tolong simpan khemah tu. Tolongla yang mana patut,”

“Ye lah. Cepat pergi bersiap tu,”

“Hish abang ni, sabarlah,” marah Puan Safiyya sambil mengorak langkah ke bilik anak lelakinya.

“Adeeb, bangun. Bangun. Bangun.” teriak Puan Safiyya sambil menepuk-nepuk betis Adeeb. Lalu dia bangun, berjalan kearah langsir. Lalu diikat langsir itu dengan tali yang elok tergantung disitu.

Adeeb menggeliatkan badanya sebelum bangun dari pembaringan. Tangannya menutup mulut apabila terkuak kerana mengantuk. Wajah mamanya dicari.

“Pukul berapa dah ni ma?” soal Adeeb dalam keadaan mamai.

“8 pagi.” jawab Puan Safiyya ringkas.

“Awal lagila ma. Hari ni kan hari minggu. Adeeb tak kerja so Adeeb nak sambung tidur la,”

“Hah. Jangan nak mengada. Aunty Sham minta tolong kamu pergi kemas rumah dia. Angkat kerusi, kemas khemah semua bagai tu.” arah Puan Safiyya.

“Malasla ma. Kalau mama nak pergi, mama pergi je lah,” jawab Adeeb tanpa melihat mamanya yang semakin bengang.

“Amboi sedapnya mulut. Nanti kamu kahwin, tiada orang nak tolong, baru padan muka.”

“Tak pelah ma. Nantikan Adeeb kahwin dekat hotel. So nanti pihak hotel la yang uruskan semua tu,” jawab Adeeb lagi.

“Amboi. Tingginya impian kamu. Hah, jangan nak mengada-ngada. Cepat bangun dan pergi mandi.” arah Puan Safiyya sambil menarik selimut anaknya.

Adeeb sudah kehabisan modal. Terpaksalah dia bangun. Lalu dia mengambil tuala dan terus lesap ke dalam bilik air.

“Deeb, sini jap,” baru je kaki nak melangkah masuk ke dalam rumah Aunty Sham, tiba-tiba suara Mimi kedengaran.

“Apa?”

“Hinilah jap,” panggil Mimi dalam keadaan mulut memegang seutas jarum. Dah tu tangannya pula penuh dengan bunga. Menghias dulang perkahwinan katakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience