BAB 3

Humor Completed 9576

“You pulak? Cuti? Seminar?” Aku pulak soal dia. Yalah, kata orang saja. Dia pun bukan nak bagitahu yang dia akan ke Pulau Tioman jugak.

“Samalah. Cuti jugak.” Tu saja dia jawab sambil betulkan Aviator dia.

“Berapa hari?” Tiba-tiba aku nak tahu pulak.

“lima hari, empat malam.” Bersahaja dia balas.

Oh, tidak! Janganlah cakap, tempoh bercuti kami sama. Cuti ni macam escapism dari nak fikir pasal majlis kahwin dan tentunya fikir pasal dia. Jangan cakap tempoh percutian kami sama. Tolonglah jangan. Tak nak!!!

Tapi, apa yang aku takutkan, itulah yang jadi. Memang tempoh percutian kami sama. Datang hari yang sama, balik pun hari yang sama. Adui… Masalah ni!

Apabila aku fikir-fikir ini bukan hanya kebetulan tapi mungkin ALLAH nak tunjukkan sesuatu; nak dekatkan kami barangkali. Ataupun nak kami kenal perangai sebenar masing-masing sebelum diijabkabulkan. Waallahualam.

Jawapannya: percutian ni nak buatkan kami kenal perangai masing-masing. Macam kata orang putih tu, true colors masing-masing. Tapi pelik, percutian ni buat aku makin rasa, he’s not the one for me. Urghh! Banyak perangai dia aku tak boleh terima dan buatkan aku meragui keserasian kami berdua. Contohnya…

“I nak pergi jungle trekking.” Tegasku.

“Nope. I nak snorkeling.” Dia pun bertegas.

Bergaduh pasal aktiviti yang kami nak buat. Kesudahannya, kami buat aktiviti berasingan. Lepas tu…

“Jom makan western,” ajak Bazli.

“Tak nak. Nak makan masakan Melayu.” Aku ni tekak melayu. Manalah sangat nak makan hidangan barat ni.

Dia beralah jugak mengikut selera aku. Tapi, cerewetnya… Nauzubillah! Itu berlemak. Ini kolestrol tinggi. Banyaklah kompelinnya. Kenapalah masa mula-mula bercinta dulu tak perasan?

Itu baru soal makanan. Lepas itu, dia kompelin cakap aku ni lasak sangat la. Terlalu berdikari la. Berani la.

“I suka kalau you lemah lembut,” selamba dia memberikan komen.

Aduhai… takkan la tak perasan yang selama ni aku bukan gadis lemah lembut? Lembik? Sikit-sikit menangis? Oh… tidak! Aku ni gadis melayu moden okay. Masih bersopan, berhijab tapi aku bukanlah gadis yang mudah dibuli atau terlalu mengikut perasaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience