BAB 6

Humor Completed 9576

ALLAH, apa aku nak buat ni. Keputusan sudah pun diambil. Tak mungkin aku boleh menarik balik keputusan aku tu. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata… Kau tanggunglah sendiri Zaskia!

“Aku dah tak boleh buat apa Awin. Famili aku dah tahu dan aku rasa Bazli pun dah bagitahu famili dia.” Lemah saja aku bersuara. Tulah, buat keputusan tak fikir panjang. Sekarang nak menyesal tak guna!

“I tahu memang kita tak banyak persamaan, tapi I tak pernah paksa you untuk ikut cara I. Walaupun apa yang you minat tak sama dengan yang I minat, I terima aja minat you tu.”

“Memang I banyak kompelin dan cerewet tapi tu semua untuk kebaikan you. I tak nak bakal isteri I berani sangat. Tengok macam hari tu, bercuti sorang-sorang. Bahaya!”

“I memang jarang ajak you keluar. Lebih-lebih lagi lepas kita bertunang. Tapi, I ada sebab. I pun jarang call you. Cuma kadang-kadang kita WhatsApp. Itu pun I ada sebab. Sebabnya, I tak mahu kita terlalu berhubung sedangkan kita tak ada ikatan. I tak nak jadikan pertunangan ni sebagai tiket untuk kita makin rapat sebabnya kita ni masih belum halal untuk satu sama lain.”

“I nak jaga perhubungan kita. I tak nak kita tambah dosa kita yang sedia menggunung tu. Memang I bukanlah lelaki yang baik, tapi I sedang mencuba untuk menjadi suami dan imam yang baik untuk you.”

Tu dia… Satu persatu jawapan Bazli kemukakan bagi melengkapi soalan-soalan aku. Betul kata Awin. Aku tak pernah nak nampak sikap memahami yang Bazli tunjukkan semasa di Pulau Tioman tempoh hari.

Malah, sikap cerewet yang ditunjukkan jugak bersebab. Sebab dia sayangkan aku! Susah sangat aku nak nampak kan?

Jawapan tentang kenapa dia jarang mengajak aku keluar dan menghubungi aku jugak sudah terjawab. Jawapan Bazli tu buat aku rasa… Err… Sweetnya Encik Tunang ni! Eh tapi masih Encik Tunang ke?

Kata orang, orang yang paling berani adalah orang yang berani meminta maaf apabila dia sudah membuat kesalahan. Jadi, “I mintak maaf. Memang salah I cepat sangat buat keputusan. Cepat sangat rasa yang kita ni tak sesuai bila kita banyak perbezaan. Sedangkan, perbezaan tu nantilah…”

“…. yang akan membuatkan kita saling melengkapi.” Tak sempat aku habiskan ayat, Bazli dah sambung. Macam tahu-tahu saja apa yang aku nak cakap dan ayat tu sama macam yang Awin pernah cakap kat aku.

Aku menunduk. Yalah, apalagi yang tinggal? Mak dan ayah pun aku dah bagitahu pasal nak putuskan pertunangan. Mereka pun tak kata apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience