BAB 2

Humor Completed 9576

Jadi, macam tulah perangai kami berdua bila berbincang bab nikah-kahwin-majlis kami ni. Aku jugak selalu fikir; ‘alah lambat lagi kut majlisnya’ dan aku rasa pun Bazli memikirkan jawapan yang sama. Kesudahannya, macam nilah. Tak serius langsung perihal persiapan kahwin kami.

Tapi jujurlah. Aku kadang-kadang terlupa jugak yang aku ni dekat-dekat nak jadi isteri orang.

Kadang-kadang tak teringat pun ada tunang. Kalau dia tak telefon, tak adalah aku nak ingat kat dia. Kalau dia telefon atau WhatsApp, barulah teringat kat dia. Kami pun bukannya selalu berjumpa atau berdating pun. Sejak mengikat tali pertunangan ni, adalah sekali dua kami keluar bersama.

Haih. Apa punya perhubungan kami ni? Tak fahamlah.

“Zaskia…” Meleret suara Awin, teman sepejabat yang agak rapat dengan aku.

“Yaaa…”

“Kau dah kenapa?”

“Stres. Pasal. Majlis. Kahwin.” Satu-satu aku jawab. Kepala pulak dah terlentok dekat meja kerja.

“Cuti Tahun kau banyak lagi?”

Aku kerut kening. “Kenapa? Tahun ni mana ada ambik lagi AL. Nak simpan untuk majlis kahwin nanti.”

“Ambik tiga hari. Pergilah bercuti. Tenangkan fikiran sambil-sambil fikir pasal majlis kahwin kau. Fresh air and yet fresh idea of course! Kau tu sibuk memanjang. Macam mana nak fikir pasal kahwin.”

Aku mula menghadam kata-kata Awin: cuti-tenangkan fikiran-idea untuk majlis kahwin. Oh.. cadangan yang sangat bernas! Dek kerana cadangan bernas Awin itu dan setelah permohonan Cuti Tahunan aku diluluskan, hujung minggu berikutnya aku dah pun memijak pasir pantai di Pulau Tioman.

SubhanALLAH… Cantik betul pantai dan pemandangan kat Pulai Tioman ni. Leka seketika aku menghayati keindahan milik ALLAH ni. Tapi tak lama… ALLAH! Macam familiar mamat yang memakai Sweatpants Adidas dan mengenakan T-shirt bertulisan SODA tu. Macam kenal aja!

Eh! Itu kan…

“Sharifah Zaskia Syed Khairul!” Makk! Tu dia siap nama penuh Encik Tunang aku panggil. Tak sempat lari mahupun menyorok. Terang-terangan dah kantoi. Patutlah familiar aja. Rupanya tunang sendiri!

“Buat apa kat sini?” Dia soal aku.

Aku pandang muka Bazli. Kenapa ya tak rasa apa-apa? Rindu? Tak langsung.

“Hmm… Cuti.” Aku balas ringkas.

“Tak bagitahu pun?” Dia soal lagi.

Aku julingkan mata ke atas. Baru tunang kut. Tak akan semua nak kena lapor. Tapi taklah aku cakap macam tu. Cakap dalam hati aja.

“Unplanned gateway…” Tu saja yang aku jawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience