BAB 4

Humor Completed 9576

Huh! Kenapa selama ni aku tak perasan akan sikap dia yang suka kompelin, cerewet dan seangkatan dengannya tu?

Itu satu hal. Ketika aku sedang leka melayan novel sambil dibelai oleh bayu laut, tiba-tiba dia ajak aku berjalan-jalan menyusuri pantai. Memang taklah aku nak meninggalkan keadaan yang nyaman macam tu.

Tapi, keesokannya apabila aku ajak dia jalan-jalan, dia pulak menolak sebab tengah leka ambil gambar dengan DSLR Canon kesayangan dia tu. Nampak tak yang kami memang macam sehaluan?

Stres! Kenapalah masa mula-mula kenal dulu aku tak perasan yang kami ni sememangnya tak serasi? Kenapalah sepanjang percutian ni baru aku sedar yang kami ni tak serasi?

Kenapalah bila dah dekat-dekat tarikh perkahwinan kami baharu aku perasan yang Bazli ni semakin jauh daripada senarai lelaki idaman aku? Kenapa???

Tak boleh jadi ni. Aku kena fikir-fikir betul sama ada mahu meneruskan perkahwinan kami atau tak. Perkara bercuti ini pun kami agak tidak sehaluan, cuba bayangkan kalau dah berkahwin nanti? Mahunya hari-hari bergaduh nak ikut pendapat masing-masing. Mahu terus atau tak?

Ya ALLAH, berilah pertunjuk kepada aku…

“I tak nak teruskan perkahwinan kita.” Putus aku pada hari terakhir percutian di Pulau Tioman itu.

Bazli jelas nampak terkejut. Bulat matanya memandang aku.

“Kenapa?”

“Tak rasa ke kita ni tak serasi?”

“Eh?”

“Cuba you fikir betul-betul, sepanjang lima hari kita kat sini, pernah tak walaupun sekali kita bersetuju dengan satu perkara?”

Bazli diam. Mungkin tengah fikir-fikirkan apa yang aku cakapkan tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience