BAB 5

Humor Completed 9576

“Banyak perkara yang kita tak sehaluan. You nak A, I nak B. Tak pernah sama. Ini baru hal bercuti, cuba kalau dah kahwin nanti? You nak ke hari-hari kita bergaduh pasal nak tegakkan pendapat masing-masing? Nak?” Aku memprovokasi apabila melihat Bazli hanya diam saja.

“You nekad?”

Aku angguk. Ya, memang nekad. Sudah puas aku fikirkan sepanjang kami bercuti di sini. Sungguh, aku tak merisikokan kehidupan aku sekaligus menambah lagi angka pasangan muda yang bercerai. Nauzubillahiminzalik!

“Atau you nak masa? I tahu kita tak macam orang lain. Kita jarang habiskan masa sama-sama. I pun jarang contact you. Mungkin you nak kita mulakan semula dari awal?” Bazli masih mahu berkompromi.

Aku? Geleng-geleng. Kenapa nak membazirkan masa sedangkan antara kami sememangnya tak serasi?

“You nekad? Betul-betul ni?” Sekali lagi Bazli menyoal.

Aku angguk. Yakin.

Hari itu berakhirnya percutian aku di Pulau Tioman dan berakhir juga sebuah perhubungan.

“The wedding is canceled!” Itu yang aku bagitahu Awin pada hari pertama aku kembali bekerja selepas bercuti.

“What???” terjerit minah tu.

“Ya. Aku tak jadi kahwin dengan Bazli.”

“Tapi kenapa? Aku suruh kau pergi bercuti untuk tenangkan fikiran. Biar kau dapat idea segar untuk majlis kahwin kau. Bukannya untuk fikirkan nak batalkan perkahwinan kau!”

Lantas aku ceritakan satu persatu tentang apa yang jadi di Pulau Tioman. Tentang aku dan Bazli yang tak serasi. Tentang aku yang nekad nak batalkan perkahwinan aku.

“Zas… perbezaan itu yang akan buat kau dan Bazli saling melengkapi.”

Aku kerut dahi. “Dah berbeza, apanya yang nak saling melengkapi?”

Awin mengeluh sebelum menjawab, “Nanti bila dah kahwin, kau akan belajar pasal minat dia dan dia akan belajar pasal minat kau. Dia akan cuba terima kekurangan kau dan kau akan cuba kekurangan dia. Tulah konsep sebuah rumah tangga. Setiap hari belajar benda baru pasal pasangan kau.”

Panjang lebar jawapan Awin dah rupa macam kaunselor rumah tangga pulak. Tapi, aku cuba jugak untuk hadamkan setiap kata-kata Awin tu.

“Pernah tak kau tanya dia kenapa dia jarang keluar dengan kau? Jarang contact kau?”

“Pernah tak dia bising pasal perbezaan kau orang tu? Sekurang-kurangnya dia tak paksa kau ikut cakap dia kan? Dia bagi kau ruang untuk diri sendiri kan? Tak nampak dia tengah cuba nak faham kau?”

Nah… Soalan yang bertalu-talu dari Awin tu buat aku tersentap. Terduduk. Terfikir. Memang kata-kata Awin tu ada betulnya. Tapi, kenapalah aku tak pernah berfikir macam yang Awin fikir?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience