BAB 1

Humor Completed 9576

“TEMA pelamin nak ala-ala Hutan Avatar…”

Aku? Terlopong!

“… dan baju bersanding mesti glow in the dark.”

Aku?

Gelap.

Gelita.

PENGSAN!!!

“Bulan Disember tu tak lama lagi dah.”

“Ya. Tahu…”

“31 hari bulan tu pun tak lama lagi dah.”

“Tahu… Ya.”

“Bazli!” Suara aku dah terjerit sikit. Geram!

Dia balas sambil lewa, “Ya…”

Sakit hati punya pasal. Terus tekan ikon end call di skrin telefon bimbit tu.

Aku mengeluh keras. Majlis perkahwinan kami tak lama lagi. Tinggal beberapa bulan aja. Tapi… tengoklah. Satu persiapan belum siap lagi. Kalau ikut senarai yang aku dah buat tu, dari item 1 sampailah item 120 masih belum bertanda SELESAI. Baik aku, mahupun Bazli masih sibuk dengan tugas-tugas yang lain.

Fikiran kami memang tak selari. Bila aku tengah kalut fikirkan pasal persiapan, Bazli macam nilah… Sambil lewa dan sibuk dengan kerja dia. Balas dendam kut. Yalah, dua minggu lepas masa dia telefon aku dan kalut-kalut tanya pasal persiapan, macam ni yang jadi:

“Zas, tema nikah warna apa? Mama tanya.”

“Hitam…” Yalah, masa dia tanya tu aku tengah betulkan dakwat hitam printer pejabat yang tersumbat. Tu aja yang terfikir.

“Warna tema majlis rumah awak?”

“Kelabu…” Dah masa dia tanya aku tengah bersihkan Blazer aku yang berwarna kelabu. Tulah jawapan dia.

“Warna tema majlis rumah I? Ada cadangan?”

“Hmm… Merah… Merah jambu!” Kebetulan masa dia tanya tu, akak teman sepejabat aku melintas dengan Baju Kurung Merah Jambu bling-blingnya. Tu ajalah yang terlintas.

Salah dia jugak. Siapa suruh telefon aku masa aku tengah kat pejabat plus masa aku tengah sibuk. Memang dapat jawapan spontan lah. Tapi, aku pun salah jugak. Telefon dia masa dia sibuk di pejabat. Vice-versa!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience