BAB 5

Drama Completed 428

“Apa lagi yang kau fikir?” Soal Meena . “Kau nak kecewakan dia?” Aku terdiam. Kecewakan? Adakah aku jahat? Kerana mengecewakan kau, Midad ? Sungguh… aku buntu! Aku mengeluh. Ku hela nafas yang panjang. “Jangan pula kau kata nak putuskan pertunangan.” Meena sengaja menekanku. Nada suaranya sedikit gusar.
“Tidak, Meena . Aku takkan buat macam tu.”
“Kalau macam tu, apa yang kau fikir lagi? Midad tu dah cukup sempurna, tak cukup lagi?”
“Bukan masalah Midad . Tapi aku.”
“Apa ni, Sya? Kau ada masalah apa? Kalau masalahnya pada kau, cuba terangkan. Biar aku faham. Aku dah lama kenal kau. Takkan aku pun kau tak percaya.”
“Ashraf .” Terpacul nama itu di bibirku. Meena membutangkan mata. Telah ku agak reaksinya begitu. “Aku pernah mimpikan dia. Lepas tu, perasaan aku jadi berbelah bahagi. Aku tak tahu apa nak buat, Meena . Aku takut aku akan kecewakan Midad .” Meena merapatiku. “Lepas aku mimpi tu juga, segala kenangan kita masa sekolah dulu muncul semula dalam kepala aku. Separuh hati aku dah kembali ke masa lalu.” Bahuku dipeluk.
“Kau serba salah? Maksud kau, kau masih ingat pada Ashraf ? Ringkasnya, kau rindukan dia?” Pertanyaan telus itu amat sukar untuk ku jawab. Masih rindukah aku pada lelaki itu? Rindu apakah yang dimaksudkan? Adakah rindu itu hanya sebagai sahabat? Ataukah cinta? Tetapi ianya amat mustahil. Kerana tiada cinta yang pernah wujud antara kami. Hanya benci yang bertukar kepada perasaan kagum. Kagum? Mungkin juga. Lalu, perasaan kagum itu membuatkan hatiku berbelah bahagi? Ah, apa semua ni? “Sya, kau mesti yakin dengan perasaan kau. Ashraf dah lama menghilang. Aku sendiri tak ada berita tentang dia.” Yakin? Ya, keyakinanku sudah goyah. Goyah kerana kenangan lelaki itu! Kelopak mataku kian bergenang. Air mata apakah ini? Mengapa aku perlu menangis?
“Aku tak tahu, Meena . Aku tak tahu…” Meena memeluk erat tubuhku.
“Jadi, kau kena yakin. Ada dua kebahagiaan terbentang di depan kau sekarang. Satu, kebahagiaan yang telah tentu kau akan rasa. Iaitu Midad . Lagi satu, kebahagiaan yang belum tentu kau akan rasa. Iaitu Ashraf . Jangan buat pilihan yang salah hanya kerana satu mimpi, Sya.” Pilihan? Kalaulah dalam hidup ini tidak perlu memilih. Aku buntu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience