BAB 4

Drama Completed 428

Telah tujuh tahun aku meninggalkan alam persekolahan. Segala pahit dan manis pernah aku rasai di sana. Meena , teman baikku. Rakan-rakan sekelasku. Guru-guru… Dan seseorang yang sekian lama aku tidak bersua dengannya. Ashraf . Nama yang paling ku benci suatu ketika dahulu. Malah mana-mana pelajar lelaki yang senama dengannya juga aku boikot. Benci betul aku padanya! Lantas, di mana dia sekarang? Sudah berjayakah dia, mengejar cita-cita yang diimpikan? Di benua manakah dia bersembunyi? “Saya ingin berjaya. Tidak kira bidang apa yang akan saya ceburi, saya hanya mahu berjaya suatu hari nanti.” Kata-kata itu terngiang-ngiang semula di legar fikiranku. Di saat apabila guru Bahasa Melayu bertanyakan soalan tersebut, itulah jawapan yang diberikannya. Manakala aku dan rakan-rakan yang lain, mengarang bermacam-macam prosa dan ayat untuk menyatakan betapa seriusnya kami mahu mengejar impian yang diharapkan. Sedangkan dia hanya memberikan penjelasan seringkas itu.
Aku tersenyum sendiri. Ceteknya fikiran ku ini. Kerana selalu bersangka buruk terhadapnya. Namun aku masih tidak mengerti. Gurauan apakah yang hendak ditunjukkannya kepadaku? Kerana sering sahaja hatiku disakitkan. Sering sahaja dia cuba mencetuskan kemarahanku. Apakah tujuannya?
“Sya.” Aku terkesiap. Sedulang berisi dua gelas air diletakkan di atas meja. “Minum.” Midad duduk di hadapanku. “Jauh mengelamun. Ingatkan siapa?” Soal Midad . Aku sekadar menggeleng. Enggan menjelaskan. Midad meneguk milo panas di hadapannya.
“Saya tiba-tiba teringatkan kawan-kawan saya masa sekolah dulu. Dah lama tak jumpa, rasa rindu pula.” Aku menyedut jus oren yang terhidang. “Kalaulah masa boleh diputar kembali…”
“Rindukan kawan-kawan ke… atau rindukan kekasih lama…?” Usik Midad .
“Mana ada kekasih. Saya tak pernah bercinta masa sekolah dulu tau…!” Aku menjeling manja.
“Ya ke? Boleh percaya ke?” Midad mengangkat sedikit keningnya. “Nak putar balik masa… maknanya kita takkan pernah jumpa buat selama-lamanyalah…?”
“Kimi…” Midad terkekeh. “Saya kata, kalau.”
“Kalau, itulah yang tak sedap didengar. Awak macam betul-betul rindukan seseorang.” Midad cuba meneka. “Betul tak?” Aku menundukkan sedikit wajahku. “Awak nak berselindung pula?” Midad menyentuh lembut daguku. Mengangkat sedikit mukaku. Melemparkan senyuman manis. “Siapa dia?” Soalnya lagi. Aku serba salah. “Janganlah buat keputusan yang akan menyebabkan awak menyesal. Saya tak mahu awak menyesal pula nanti.”
“Bukan. Saya tak rindukan sesiapa. Hanya kawan-kawan.”
“Baiklah, awak bisa berbohong dengan saya. Tapi hakikatnya awak tidak bisa berbohong pada diri sendiri. Saya minta, Janganlah kerana saya, awak rasa terpaksaa hingga membuatkan diri awak terseksa.” Lelaki ini sungguh ikhlas! Jujur! Dia tahu menjaga hati. Di mana lagi akan ku dapat lelaki semulia ini? Di mana lagi akan ku temui lelaki sebaik ini? “Dan janganlah kerana saya juga, awak sanggup lepaskan apa yang awak inginkan.” Kau memahamiku. Benarkah? Benarkah begitu? Kerana aku sendiri keliru dengan perasaanku. Aku tidak tahu apa yang terbuku di hatiku sebetulnya. “Ambillah masa awak. Ingat, jangan paksa diri ke atas perkara yang awak tak suka.” Midad menundukkan wajahnya. Sedih itu sengaja disembunyikan. Aku tahu, Kimi. Aku tahu. Maafkan aku jika hatimu terluka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience