BAB 7

Drama Completed 428

“Mak usu…!” Terkesiap aku ditujah Anisa yang menolak bahuku.
“Apa sayang?” Soalku pada anak buahku itu.
“Nisa nak buang air…” Rengeknya manja. Aku tersenyum.
“Jom.” Aku mendukung Anisa menuju ke bilik air berdekatan.
“Mak usu… abah…” Anisa menuding jari kecilnya ke arah abangku yang sedang menjinjing sebuah bagasi menuju ke arah kami. “Abah…!” Bingkas Anisa meronta turun dari dukunganku. Kemudian berlari ke arah abang Aidil.
“Nisa…” Laungku separuh menjerit. Aku berlari anak ke arah mereka. Anisa di atas dukungan abang Aidil kini. “Kata nak buang air tadi…?” Soalku sambil menjegilkan mataku ke arah Anisa. Anisa terkekeh manja. Pipi comelnya ku cuit. Nakal!
“Oh… Nisa buli mak usu ya…” Abang Aidil menggeletek pinggang Anisa. Anak kecil berusia hampir empat tahun itu tergelak kecil. Bagasi yang dibawa abang Aidil tadi bertukar ke tanganku. Aku menarik bagasi itu ke tempat menunggu.
“Kau pasti dengan keputusan kau ni?” Meena menggenggam erat tanganku. Baru sebentar Meena tiba di situ. “Kau takkan menyesal?” Soalnya lagi. Ku lihat air jernih itu mula memenuhi kelopak matanya.
“Tak. Aku tahu, dan aku sedar, inilah keputusan yang terbaik.”
“Kau akan lupakan aku?” Aku menggeleng. “Jangan lupakan aku. Dan jangan lupakan kawan-kawan kita di sini juga.”
“Aku tahu. Enam tahun saja. Pejam celik, pejam celik, dah habis. Aku pergi bukan tinggal dalam gua. Aku akan sentiasa hubungi kau dan yang lain.” Pujukku agar Meena tidak terus menangis. “Tapi, bila makan nasi minyak nanti, jangan lupa pula maklumkan aku. Kalau tidak, aku tak nak kawan dengan kau lagi…!” Pipi mulus Meena ku cuit. “Aku sedar sekarang. Cinta tak boleh dibuat main. Diri sendiri yang akan merana nanti. Kasih sayang yang ikhlas dari Midad aku sia-siakan hanya kerana kenangan yang langsung tiada maknanya. Sedangkan cinta Ashraf bukan untukku. Dan aku pula terlepas cinta terbaik yang pernah dimiliki. Semua itu mengajar aku agar menghargai apa yang berada di sisi. Dan tidak terlalu mengharapkan kebahagiaan yang belum tentu aku akan rasai.” Meena mengangguk seraya mendakap erat tubuhku.
“Berat aku nak lepaskan kau pergi. Kau kawan yang paling rapat dengan aku. Susah senang kau semua aku tahu. Begitu juga dengan aku. Jaga diri kau baik-baik.” Aku menyeka air mata yang berjejeran di wajah Meena .
“Kau jangan risau. Abang aku tu kan ada.” Telatah Anisa menceriakan sedikit perasaanku yang gusar. “Aku tinggal dengan dia di sana nanti. Bukan dengan orang lain. Kau jangan risau.”

Lalu kini, aku terbang di langit biru bersama awan nan memutih. Melepasi Laut China Selatan. Menuju ke sebuah benua kecil. Segala memori di sini akan ku tinggalkan jauh-jauh. Bukan niatku untuk mengelakkan kenyataan. Aku hanya mahu memulakan sebuah lembaran baru dalam tabir kehidupanku. Biarlah semua di sini menjadi kenangan yang meninggalkan banyak pengajaran dalam diari hidupku. Ashraf , biarlah dia bahagia di sisi Sofea. Midad , biarlah dia bahagia di sisi Adila. Biarlah Midad tidak tahu pokok pangkalnya status aku sekarang. Biarlah mereka bahagia. Aku doakan kalian. Bandar Perth sedang menantiku. Pentas hidupku bakal ku mulakan semula di sana. Selamat tinggal kenangan. Selamat tinggal memori. Kalian amat berharga buatku. Terima kasih kerana telah mengajarku erti menghargai. Dan erti kasih sejati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience