BAB 1

Drama Completed 428

Aku menjeling tajam. Ada rasa marah yang tersimpan di dalam hati. Namun aku menahan rasa itu. Geram tidak terkata dengan tindakannya. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika ini. Mahu sahaja aku menjerit kepada satu sekolah, “hey, kalau korang nak tahu, mamat nilah yang buat, bukan aku, korang tahu tak…!?” Namun, aku masih punya harga diri. Masih punya muka untuk ku jaga.
“Haha…” Dia ketawa terkekeh. Aku semakin geram. Hendak sahaja ku baling buku-buku yang ku dakap ke arahnya. Senyuman sinis dilemparkan kepadaku. Ah! Bukan masalah aku pun kalau dia nak jadi samseng! Geramku membuak-buak. Dijelirkan pula lidahnya ke arahku. Ah…! Tuhan, sabarkan aku…!
“Hey… apasal ni? Kau marahkan siapa?” Meena tiba-tiba menegur. Sejak bila pula si minah ni berdiri terpacak di sebelah aku? Aku menjeling ke arah Ashraf . Ah… semakin geram…! Sabar… sabar… “Oi… kau okay?” Soal Meena lagi. “Em… patutlah…” Aku menoleh ke arah Meena . Keningnya terangkat sambil memandang ke arah Ashraf .
“Apa?” Soalku kembali, dalam nada sedikit menekan.
“Dengan mamat tak betul tu pun kau nak marah. Apalah kau ni, Sya…” Meena duduk di bangku berdekatan denganku. Aku menghempaskan punggung di sebelahnya. Meletakkan buku-buku yang ku kira seberat setengah kilogram di atas riba. “Dahlah tu… makin dilayan, makin menjadi-jadi mamat tu. Buat sakit hati kau saja…” Sebuah majalah di tangannya ditatap.
“Tak apa. Aku tahulah apa nak buat.” Penumbuk kecil ku genggam kuat. “Dia belum kenal siapa aku agaknya. Siap dia! Nak rasa penangan kenakan aku ya… nanti kau.” Aku mengetap bibir. Meena tersenyum.
“Sya, kalau macam nilah gayanya, kahwin juga kau dengan dia nanti. Baik kau jangan layan sangat. Silap-silap, dia jadi laki kau nanti,” usik Meena . Kemudian terjerit kecil dicubit jemariku yang runcing. “Sakitlah…”
“Tak mungkinlah! Tak inginlah aku nak berlakikan mamat macam tu. Tak ada faedahnya.” Meena menggeleng.
“Kau yang kata tak ingin, tapi dia? Kau baik-baik, Sya. Orang lelaki ni, kadang-kadang ada yang pelik tau. Memanglah kalau bergaduh tu, perkara biasa bila tak sebulu. Tapi kalau kerap sangat… ha… aku tak tanggung…”
“Dahlah. Kau ni, buat kepala aku pening saja. Jomlah.” Meena ketawa kecil. Meena ini pun satu. Tapi kata-kata dia ada betulnya. Ish! Minta simpanglah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience