BAB 3

Drama Completed 428

“Marah lagi?” Aku mendengus. “Em… dah nasib badan…” Meena sengaja mengusikku. Aku menjeling tajam.
“Kenapa? Kenapa dari dulu lagi asyik aku saja yang kena buli…!? Kenapa aku tak dapat buli dia!? Kenapa!?” Aku mengetap bibir. Menyandarkan tubuhku di kerusi. Peristiwa bubur lambuk tempoh hari amat menyakitkan hatiku. Aku ditinggalkan seorang diri menguruskan pembungkusan bubur lambuk untuk diedarkan. Malah aku juga yang mengisi air ke dalam gelas. Dan tidak ketinggalan aku juga terpaksa menyusun kesemuanya di atas meja makan. Ashraf ? Entah ke mana menghilangnya ketika itu. Tiada sesiapa yang muncul untuk membantu aku. Aku ada mendengar desas-desus beberapa sukarelawan mengatakan Ashraf melarang sesiapa pun datang menolongku. Ah! Tekanan! Sudahlah namaku sengaja diisi ke dalam senarai sukarelawan tanpa persetujuan aku. Ashraf , kau memang cari nahas! “Ee! Geramnya aku…!” Meena sekadar menggeleng.
“Sabar sajalah, Sya.” Meena menggosok-gosok lenganku. “Eh. Tu.” Aku memandang Meena . “Tu.” Bibir Meena dimuncungkan ke satu arah. Aku menoleh. Argh! Jangan muncul di depan aku! Nanti aku bunuh kau! Ashraf melangkah spontan. Duduk di kerusinya. Degup jantungku kian menderas. Meena memaut lenganku. Kemudian memberikan isyarat supaya jangan bertindak apa-apa. Jangan? Dia sudah melampau, kau kata jangan? Sabar… sabar… Aku merenung ke arah Ashraf . Lelaki bercermin mata berkumis tipis itu tidak menghiraukanku. Selamba buku di hadapannya ditatap ralit. Seolah-olah tidak bersalah.
Tiba-tiba Ashraf berdiri. Membuka langkah menapak ke arahku. Apa pula kali ini? Seraya dia menghulurkan sepucuk sampul biru muda kepadaku.
“Nah.” Aku teragak-agak. Bimbang kalau-kalau hendak dikenakan aku lagi.
“Apa ni?”
“Ambillah. Mereka dari rumah anak-anak yatim yang kirimkan.”
“Kirimkan? Untuk saya?” Ashraf mengangguk. “Tapi…” Sampul biru muda itu diletakkan di atas mejaku. Ashraf berlalu ke luar kelas tanpa sempat aku meminta sebarang penjelasan. Siapa yang bagi? Siapa yang kirimkan? Jangan-jangan Ashraf yang sengaja nak kenakan aku.
“Bukalah.” Aku terkesiap. Meena mencuit lenganku.
“Kalau dia nak kenakan aku, macam mana?” Aku sedikit tidak keruan.
“Bukalah dulu. Kalau tak, manalah nak tahu.” Meena mengambil sampul itu. Dihulurkan kepadaku. “Jangan risau, aku ada.” Aku mengambilnya. Tanganku sedikit terketar. Ku buka perlahan-lahan. Sepucuk kad ucapan ku keluarkan.

Ucapan ringkas yang amat menyentuh hatiku. Sesaat aku menemani mereka terasa amat berharga tatkala terbaca tulisan si kecil dari rumah anak-anak yatim itu. Sebak terasa di dadaku. Aku menoleh ke arah Meena . Dia tersenyum manis. Tiba-tiba aku terkenangkan Ashraf . Rasa bersalah mula menyelinap. Alangkah dungunya aku kerana memaki hamun lelaki yang berniat baik itu. Namun aku bingung. Siapa Ashraf sebenarnya? Ashraf yang ku kenal, amat jahat pada pandangan mataku. Tidak sedikit pun perasaan suka ku ada padanya. Segalanya hanya rasa benci yang membuak-buak. Malah aku merancang untuk membalas segala perbuatannya ke atasku. Kini, wajahnya yang ku bayangkan seperti hantu tiga kepala itu bertukar kepada wajah seorang budiman yang baik dan mulia. Itulah penangan aku meluangkan masa bersamanya di rumah anak yatim tempoh hari. Nyanyian merdunya memasung perasaanku. Hatiku menjadi lembut apabila terkenangkan saat-saat itu. Dan sekarang aku pula yang menerima ucapan terima kasih daripada anak-anak kecil itu. Siapakah engkau, Ashraf ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience